Thursday, September 29, 2011

Upside Down Pizza

Assalamualaikum & salam sejahtera

Mmmm...akhirnya resepi yang dibookmark pada 28 Jun 2011 telah pun dizahirkan ke bentuk yang sepatutnya pada petang terakhir Syawal, 28 September 2011... Kemain lame ye dok perap resepi Dak Tun nih... sebenarnya plan nak buat roti sosej, dok tergolek2 aje dalam esbox...tapi dari ke sari dok keluar masuk je dalam peri. Kes malas nak mengadun la tu..

Bila teringat je resepi simple ni terus nak cuba. Memang senang abes la nak buat upside down pizza ni. Cuma sediakan inti macam inti pizza tu or whatever yang dikehendaki dan tuang aje doh yang dimix. Cheq sue mix pakai food processor aje.


Cheq sue buat ni sebanyak 2 adunan sebab rasanya kalau 1 tu sikit aje. Bukan apa, kebetulan ada bekas member yang nak dipulangkan.  Tambah pulak nak membuat ni senang, sampai 10 adunan pun xde masalah. Huhhh...berlagak!


Tekstur pizza ni memang agak berbeza dengan pizza biasa apatah lagi dengan pizza di PIZZA HUT tu tetapi tang dohnya tu sesangat la lembut. Oleh sebab cheq sue xde stok susu segar, maka cheq sue guna aje bancuhan susu nesvita (masakan sehat la kunun2....) dan ternyata hasilnya x mengecewakan. * Ada susu segar strawberi tapi macam x kena pulak kalau nak guna

Kalau ada sape2 yang nak cuba resepi simple ni boleh la tengok di link bawah ni ye... Wassalam...

UPSIDE DOWN PIZZA
Sumber : Tun Telani

Doh :
-2 biji telur, 1 cawan susu segar,1 cawan tepung gandum, 1 sb minyak, 1/2 sk garam
* susu tu cheq sue guna bancuhan sus tepung nesvita. Cheq sue tambah 1 sb yis

Cara :-
- gaul sebati (guna mixer) semua bahan.
- sedia utk diguna

Filling :

-1 keping dada ayam- kerat2
-4 sosej/hotdog- kerat2
-1/2 tin cendawan butang- hiris
-1/2 bawang besar- dadu
-3 ulas bawang putih- hiris halus
-1 sb cili boh
-2 sb tomato puree
-1 sb oregano
-1 sk paprika
-garam
* untuk filling ni cheq sue hanya guna sosej +daging kisar + bawang besar dadu + leek + cendawan butang + sos tomato, sos cili, oregano dan tomato puree. Cara2 memasaknya lebih kurang sama.

Cara-cara :
- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan cili boh dan tumis lagi
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam
**Keju secukupnya

Cara-cara :
- Panaskan oven 180 degree
- Letakkan filling dlm loyang
- tabur cheese atas filling.  
- cuahkan adunan 'dough' kat atas.  
- Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.  
- Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.

    12 comments:

    1. wahh.. sejak diet nih, dh lama x wat.. sekali tgk kak sue nyer, adoii.. terliuqq..

      ReplyDelete
    2. @tun_telani

      caya lah tu...senang banget buat ni... lembut sampai ke petang

      ReplyDelete
    3. as-salam
      ngancam betul...pasti lazat upside down pizza tu....

      ReplyDelete
    4. Dah lepas bakar tu cheq sue kalau potong pun nak ajar hm... memang tak patut. Nasib tak ajar buka mulut. Hehehe.... laparlah kakak:)

      ReplyDelete
    5. Dah lama nk bt piza ni tp xbt jgk..bila la vitamin R nk mai.. nak sepotong Cheq Sue..:=)

      ReplyDelete
    6. @ady

      kalau sapa yang bizi bodi je manjang boleh la cuba pizza ni ady...sedap dan mudah je

      ReplyDelete
    7. @Kakzakie

      xpe la kak...kita sama2 kongsi ilmu. mana yang baik tu kita sama amalkan

      ReplyDelete
    8. @Yana Shaiful

      alahai yana ni...sekejap aje buat ni tau...jangan malas2 eh...cheq sue tiup angin R dah ni

      ReplyDelete
    9. Assalam Kak Sue, apa khabar?lama tak berkesempatan singgah sini...byk dah tertinggal ceter ni. sedap tgk pizza tu nieza juga yg lum cuba lagi...masih mencari mood lagi..hehe

      p/s; tq atas doa dan ingatan akak yer:)

      ReplyDelete
    10. @Nieza

      xpelah nieza....lama2 nanti ada la semangat tu...jangan tensen2 keh...

      ReplyDelete
    11. sedapnye..kalau dapat makan bebanyak best ni..he3

      ReplyDelete
    12. @KuNanGKuNanG

      jangan kata nak banyak2 gie...sikit pun xleh sebab dah habes... :)

      ReplyDelete

    [Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]