Sunday, October 23, 2011

Cerita Laksam

Assalamualaikum & salam sejahtera


Sarapan apa pagi ni? Haaaa...belum bangun lagi? amboi amboi amboi, mentang2 la hari ni Ahad, korang pulun tidoq ye.. Cheq sue pagi ni ada urusan sikit di Pasir Puteh, kalau tak time ni tengah berlingkau lagi. Okeh, bila cerita tentang laksam ni cheq sue pasti ramai yang dah tahu buat. Ada banyak resepi yang dah dikongsi di internet ataupun yang diwarisi dari keluarga. Cheq sue buat laksam ni petang semalam, dan ada lagi ntuk sarapan pagi ni.

Ooooooo bukan...bukan. Cheq sue tukang kukus aje, adunan tu bonda yang buat. Apa yang nak dikongsikan di sini adalah... orang tua2 dulu masak xde resepi pun kan? Macam buat laksam ni. Bila tanya berapa sukatan air dan tepung, dia kata agak2 aje...aikkkkk... xde sukatan yang tepat ke? Kita orang moden ni kalau nak buat apa2 tu sibuklah nak sukatan bagai, kalau boleh nak dalam cawan2 supaya senang. Eh eh eh.... Sebab tu la kadang2 bila masak cheq sue pun main agak2 aje...kalau nak dapatkan laksam yang terbaik, yang cantik tu agaknya pada gulungan yang penghabisan. Apa taknya, kejap tambah tepung, kejap tambah air...

Untuk membuat laksam ni pulak, ada yang tambah tepung gandum, ada jugak masukkan sedikit tepung ubi atau tepung jagung...terpulanglah pada resepi masing2... Kalau cheq sue selalunya masuk tepung beras aje, kalau orang nak niaga tu kena la buat lawa2 sikit. Setakat nak makan seisi keluarga atau perut sendiri ikut suka ajelah... Tapi kan, kalau kuah laksam @ laksa tu tak habis, korang boleh tambahkan cili giling dan buat sambal ikan pulak. Pernah cuba tak?

Mmmmmm jom makan laksam! Wassalam

11 comments:

  1. sedapnya laksam ni..biasa kalau balik kelantan saya mesti beli..biasa mak saya beli pada hari jumaat..

    ReplyDelete
  2. Cheq Sueeee....nak sepinggan tuk breakfast...dh telan iur liur ni..peberet tahap gaban ni...hihihhi

    ReplyDelete
  3. cheq sue..pagi-pagi tayang laksam..buat kak ros rindu nak balik machang.Sedapnya laksam..kak ros suka la.....

    ReplyDelete
  4. assalam cheqsue,akak tak ghajen la nk m'gulung laksam bagai.main beli kat pasar mlm.Dolu2 ada gak tulun mak buat laksam.la ni mak pun beli jerr.Org tua2 deme guna jari utk ngetest kepekatan liquid adunan tuh sbb elok jer kejadiannya.Kite ni sukat gn cwn metrik bagai.kadang2 hancuss gak wakaka

    ReplyDelete
  5. Rajinnya buat laksam...teringin nak makan tapi tak rajin nak buat...he he...jadi singgah sini pandang2 jela kan...:D

    ReplyDelete
  6. @Totie@Tomy

    alhamdulillah..kebetulan balik ni mak nak buat, dapat gak tumpang makan

    ReplyDelete
  7. @Liza

    kena la balik kelantan kalau nak makan ni liza...

    ReplyDelete
  8. @Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot

    Laaaaaa...kak ros pun orang Qlate gak ke? Sekapal la kita ye

    ReplyDelete
  9. @lina_pg

    kak lina, kadang2 mak pun beli aje sebab x ramai nak makan, tapi ni bertambah 2 orang tu yang dia buat

    ReplyDelete
  10. @cik cek

    mek dah siapkan adunan kak cek...kena la cheq sue buat

    ReplyDelete
  11. tak pernah buat lagi...mkn pun jarang-jarang laksam ni tu sebab tak pandai..kena belajar buat la nanti:)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]