Assalamualaikum & salam sejahtera
Nampaknya kuih kukus bawang goreng ni dah mula menjadi fenomena di kalangan para blogger. Resepi simple yang diperkenalkan oleh Izahdaut ni ternyata mendapat sambutan hangat. Keluar n3 pagi, petang dan malamnya berderet kawan2 mencuba. Cheq sue memang dah bookmark terus pagi tu. Kebetulan hari ni ada potluck di sekolah, terus cheq sue buat kuih ni sebanyak dua adunan. Kejap aje abis kuih ni tau. Kelassssss kau Jah!!!
Untuk resepi ni cheq sue tak masukkan pewarna, hanya guna bahan semulajadi (ibarat kata tuan punya resepi tu....) iaitu pandan untuk warnanya. Manakala untuk bahan adunan tu cheq sue menggantikan tepung ubi dengan tepung sagu yang kebetulan ada di rumah. Tak guna banyak pun, dalam 1/8 cawan aje dan dilebihkan sedikit pulak dalam kuantiti tepung gandum. Alhamdulillah jadi elok jugak dalam derhaka-derhaka tu...
Untuk mengadun adunan ni, cheq sue wisk aje dan tapis ke dalam loyang yang dah ada bawang goreng. Boleh aje menggunakan blender tapi cheq sue termalas pulak. Kalau sape2 yang belum cuba tu jangan segan2...memang berbaloi. Kawan kat sekolah ni pun siap ada mintak resepi lagi. SEDAP katanya.... Cheq sue panjang2kan ye Jah....
Kalau nengok ke gambar tu jadi licin smooth aje adunan yang telah siap. Agaknya sebab guna tepung sagu tu kot. Mula2 masak tu agak basah2 sikit di bahagian tengah tapi dah sejuk alhamdulillah xde pulak. Tapi kot sape yang tak konfiden tu bolehlah guna tepung ubi... Kang buat guna tepung lain kalau tak jadi, xnak tanggungjawab yer....
Ok la yer...tengok2lah apa yang ada kat dapur ni, insyaAllah bertemu kembali malam ni. Kalau tak ada aral, cheq sue ke Melaka tengah hari ni... Doakan keselamatan eh... Wassalam...
*** Siaran dari Melaka, tengok2 di published n3 ni keluar 5hb...aikkk!
KUIH KUKUS BAWANG GORENG
Sumber : Izah Muffin Lover
Bahan-bahan :
-3/4 cawan + 2 sb tepung gandum
-1/4 cawan tepung ubi kayu
-1/2 cawan gula halus
-1 cwan air pandan *5-7 helai daun pandan
-1 cawan santan pekat
-sedikit pewarna hijau apple * jika suka
-1/2 genggam bawang goreng
Cara-cara :
- Panaskan kukusan.
- Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
- Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
- Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
- Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
- Kukus sehingga masak (30-40 minit).
- Tunggu sejuk kemudian hidang.
Nota Izah :
*kuih ni dapat kecik comel je. Kena gunakan loyang paling kecil.
*disyorkan menggunakan bahan2 semula jadi. Contoh: bawang goreng buat sendiri, santan perah dan daun pandan.
*bawang goreng kena letak sikit aje, nak kasi rasa lite lite gitu. Dalam gambar tu, saya letak terbanyak bawang goreng nyer. sedikit menjejaskan rasa.
waa....ada masa nanti Lat'z cuba...hehe
ReplyDeleteSalam CheqSue..dah buat juga ye sdp kan say pun buat dua adunan ...klau buat satu dpt sikit...letak bawang lebih ...ank bujang siap mkn same sambal hitam pahang lg...ingat baru nak raya Cs punya rupanya dah habis...nak buat lg
ReplyDeletewah! makin ramai yg cuba buat ni sekarang...hari ni saja berderet2...
ReplyDeleteMemang menarik betul la kuih bawang kukus ni...
ReplyDelete@Lady Diana @ Lat'z
ReplyDeletesila la cuba latz...senang saja ni, tapi hasilnya sedap!
@Sheila Shafeareen
ReplyDeletekalau satu adunan memang sikit sgt dapatnya kak shiela... buat 2 ni pun ngam2 aje dapat
@nuwairani ismail
ReplyDeletenani bila lagi? kalau 1 adunan tu ngam la mkn sekaligus
@rahel
ReplyDeletenanti sampai la tu ke seberang sana rahel...
Assalam sue, nmpk comel n mulus je kuih bawang kukus tu, mesti sedap n rasa kelainan sbb ada bwg tu.. jauh berjalan hari ini
ReplyDeletemas juga tak buat2 lagi kuih ni..
ReplyDeletesedappnya tengokk..
@EmbunRosaliza
ReplyDeletekuih ni memang sedap kak rosa, dengan lemak santan, aroma bawang goreng...aduhhh kejap aje licin 2 adunan
@Mas
ReplyDeleterugi mas kalau tak buat kuih ni...dah la senang, sedap pulak...
cheq sue.. awat aku tak perasan lak entry ni...tq tq sudi try resepi ni. suee.. suke tengok kuih mu itu, walau derhaka cantik sungguh dimata ku.. nampak mmg mcm kuih kak long aku buat tu. warne n bwg yang jarang2 gitu. mmg i likeee
ReplyDelete@izahdaut
ReplyDeletealooo tokeh... apa pasat talak lampak? ini sudah mikin saya manyak sedey ooooooooooooo....
** errrr.... boleh jadik kak long ko la cenggitu jah ye..