Thursday, October 20, 2011

Kek Coklat Kukus Keju Koktel

Assalamualaikum & salam sejahtera

Aduhhh, dah petang baru boleh update. Dekat sekolah tadi nak autopost pun xleh, tenet langsung xleh masuk. Tensen jugak sekejap. Ada tak yang ternanti2 apa yang keluar kat dapo cheq sue ni? Takde? Huuuuuuuuummmmm.... Xpe, xpe... Petang ni cheq sue jamu korang dengan kek coklat kukus berkeju koktel ni ye. Cheq sue buat malam tadi ni, simpan peti ais kejap pastu dah kelam kabut nak potong, nak posing dan nak bergambar. Mujur x lewat...

Banyak betul dapat satu adunan kek ni ya... sebenarnya nak buat separuh aje, tapi esok dah nak balik kg, kang nak kena buat ape pulak dengan cream cheese nya, sebab tu la cheq sue buat aje satu adunan. Penuh satu loyang tu, nak masukkan keju pun dah agak sendat. Dahla serbuk agar2 tu macam terbanyak, sekejap aje adunan kejunya mengeras sebab tu la buah2 koktel tu dok atas aje.. Takpelah, 1st try ni macam2 hal boleh jumpa..


Lepas dah duduk peti ais semalaman, agak keras jugak jadinya kek tu, tapi bila dah berada di suhu bilik ngam2 la dengan kejunya. Cheq sue ada la ubah beberapa step, nak sesuaikan dengan apa yang ada kat rumah.  Kita yang buat dia kan...


Kalau korang tgk kek ni, memang x berapa cantik ghupenye...xde la rupe cam retis tu...nak gambar pun tunggang terbalik, nak setting2 bagai xde kesempatan masa, jadi ini ajelah yang terhasil. Kalau sape2 nak cuba tu baiklah buat setengah adunan aje, kalau tak kembung perut nak habiskan ni. Kalau nak buat makan ke, majlis ke boleh buat satu adunan... Tapi satu yang pasti, memang sedap kek ni... Wassalam...

KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL
Resepi Asal : Kak Hanieliza
Sumber : Izahdaut

Bahan A
2 cawan tepung gandum ]
1 cawan serbuk koko ]
1 s/k baking powder ]  ayakkan
1/2 s/k soda bikarbonat ]
*izah tambah 1 sk serbuk nescafe cheq sue lupa pulak nak masukkan

Bahan B
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan C
4 biji telur ]
1 s/k esen vanilla ] kacau rata

Cara-cara :
1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
2. Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk.
3. Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan.
4. Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan kerim keju dan buah2an koktel

Bahan krim keju:
250 gm keju cream philidephia
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar-agar *masak air dengan 1 sb serbuk agar2
1 cawan yogurt perisa mangga cheq sue ganti dengan buttermilk (buat sendiri) dan tambah sedikit sunquick
1 tin buah2 koktel
1/2 cawan air dalam buah2 koktel

Cara:
1, Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut.
2. Masukkan yogurt dan pukul lagi.
3. Masukkan air/cecair agar dan kacau rata.
4. Tuangkan atas kek span dan sapukan rata.
5. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam.
6. Potong dan hidangkan

24 comments:

  1. alalalaa...kite tengah dok karang cerita ttg kek ni la..tunggu yer kita punya lak..kekekeke

    ReplyDelete
  2. @Anna Qawina

    wahhh...ana pun buat kek ni ye... memang sedap kan... malunye nak banding dgn yang cheq sue ni.... :*

    ReplyDelete
  3. Adik Sueeee...hihhihi. nnt nk try gak la,tp xmuak kan..

    ReplyDelete
  4. Cheq Sue...

    Kechur lak dah kak cek tgk kek ni...nak rasa sikittt...:)

    ReplyDelete
  5. @Liza

    yang cheq sue buat ni xde rasa muak pulak sebab cheq sue dah masukkan sunquick sikit. tapi rasanya sedang elok aje kot liza

    ReplyDelete
  6. @cik cek

    ambik la kak cek, jangan segan2...banyak lagi ada ni

    ReplyDelete
  7. Uish cheq sue pon dah wat yer kek nih..Yg nih pon mmg duk teringin nak wat,huhu ashik wat n mkn kek ajer..Owhh nak blk kg eks,bestnyer..

    ReplyDelete
  8. adoi.. tun kalau ada cream cheese ni mmg terliur habis laa.. tp duk pikir 10inggit satu tu, pastu mmg makan xkan blh berenti. tu yg duk hold tu.. nnti blk kampung tun buat laa nih. ramai sket tukang makan.

    ReplyDelete
  9. lama sudah maklong tak mengekek.. nak sikit che sue punya boleh tak..

    ReplyDelete
  10. cheqsue : kalau kite buat kek2 yang mcm ni, kawan2 di tmpt keje la paling seronok sebab boleh makan. nak bantai sorang2 ni 3 hari 3 malam pon tak habis lagi

    ReplyDelete
  11. cheqsue..nampak sedap..bila la acik nak cuba pulak ni..belum pernah buat kukus..biasa nya bakar aje..

    ReplyDelete
  12. @Zaliedana

    cheq sue buat ni pun sebab nak cuba camana ct...memang la makan sikit aje tapi nak buat tu seronok

    ReplyDelete
  13. @tun_telani

    tun, cheq sue santap 2 3 slice aje... selebihnya bagi orang tu orang ni...memang x daya la nal makan

    ReplyDelete
  14. @nuwairani ismail

    memang la nani...kalau hari2 ada makan2 pun xpe... tu yang semangat nak buat, boleh bawa ke sekolah. tapi yang tak sedap tu bila ada pulak orang cakap kita nak menunjuk2... adehhhh

    ReplyDelete
  15. @Acik Erna

    acik, saya jarang2 buat kek sebab x larat nak habiskan...kalau buat pun memang kena bagi orang...

    ReplyDelete
  16. cheq sue, minta sini sikit. i tergoda la u~ hehe..

    ReplyDelete
  17. Alamak baru tengok kat rumah ana. Tidakkkkkkkk

    ReplyDelete
  18. emm..tunggu2..akan kubalas gak tu ngan kek keju koktel..kikiki..

    ReplyDelete
  19. cantik la tu cheq sue... lawa dah kek nyer. cheq sue, terlebih agar2, keras ke tang crim keju tu? ke stil lembut juge..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]