Monday, October 24, 2011

Pau Kacang Hitam ~ Kak Nor

Assalamualaikum & salam sejahtera

Walaupun dok kg...aktiviti memasak masih macam biasa. Selalunya kalau balik cheq sue angkut sekali segala bagai kelengkapan masak, memang penuh satu raga. Tapi kali ni cheq sue bawak balik mixer aje dan acuan lompang. Aduhhhh rasa x lengkap betul. Tapi xpelah, dengan alat2 yang x ada tu dapat jugak cheq sue masak 1 2 bende.

Salah satunya adalah pau ni, cara nak buatnya memang senang dan tak perlukan banyak bahan. Kebetulan baki inti kacang merah lebihan pau rose masih ada, jadi cheq sue cuba lah pau Kak Nor ni dengan mengambil resepi yang telah diubah oleh Izah. Bukan apa, 1 kg tu banyak sangat kalau buat. Yang ni pun dah dapat 12 biji saiz L...ngam2 utk 1 famili.


Seperti yang dikata oleh Izah, pau ni memang lembut walaupun dah sejuk. Yang lastnya sebiji pagi ni, masih macam semalam. Rasanya macam pau kampung, kalau dulu selalu jual di kedai kopi dengan inti kacang hijau atau kelapa. Tapi yang ni inti dah moden sikit, sebab tu la cheq sue lapikkan pau ni dengan daun pisang, rasa la sikit aromanya tu nan berbeda.


Kalau korang nak cuba, dipersilakan la ya...resepi ni kata Izah, kak Nor x publish lagi di blognya, special tau dari Kak Nor untuk dikongsi bersama. Wassalam...

PAU - KAK NOR
Resepi : Kak Nor
Sumber : Izah

Bahan:
  • 1kg tpg gandum
  • 5 sudu besar gula castor
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 paket yis mauripan
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar spray/shortening/marjerin/butter
  • 500ml air (ikut lembut)
Cara-cara :
  1. Satukan yis dgn 100ml air dan 2 sudu besar gula. Kacau hingga sebati dan biarkan hingga berbuih.
  2. Dalam bekas/mangkuk yg lain, satukan tepung, baking powder dan garam.
  3. Masukkan spray dan telur. Gaul.
  4. Masukkan bancuhan yis tadi dan uli hingga menjadi doh.
  5. Masukkan air sedikit2 dan uli doh hingga menjadi lembut dan tidak melekat pada bekas/mangkuk dan juga tangan.
  6. Tutupkan bekas berisi doh pau tadi dgn kain tuala lembab hingga doh menjadi naik 2x ganda (lebih kurang 1 jam - kalau cuaca panas lagi cepat naik
  7. Uli sekali lagi dan biarkan doh rehat sebentar barulah dibentuk2kan menjadi pau dgn meletakkan inti didalamnya
  8. Letakkan atas kertas putih yg dipotong 4 segi sama.
  9. Biarkan doh naik dan menjadi licin bahagian atasnya, barulah dikukus hingga masak (lebih kurang 8 - 10 min
  10. bergantung atas saiz pau yg dihasilkan)
Sukatan Izah untuk rujukan : cheq sue guna sukatan ni
  • 250g tpg pau tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar gula castor
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 2 sk yis mauripan
  • 1/4 sudu teh garam
  • 2 sb  telur
  • 1/3 sudu besar spray/shortening/marjerin/butter minyak masak
  • air (ikut lembut)

8 comments:

  1. lama ke blk kampung kak sue?? cuti sekolah lg 3minggu kan? tun dh lama x buat pau. tun suka makan, tp hasben tun kurang sket mkn pau. tu yg kurang semangat sket, nnti buat2 tun sorang je yg makan. makin bam bam laa nnti.

    ReplyDelete
  2. Salam..dah berapa lama tak buat pau..bila tengok pau kat sini..teringin pulak mengepau lagi..

    ReplyDelete
  3. Gebunya pau...makan sebiji kenyang ni kan ..kan :D

    ReplyDelete
  4. as-salam cheq sue
    dah lama juga tak buat pau..npk cantik pau tu..

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Cheq..nampak pun memang gebusss pau ni..Saya paling suke pau inti kelapa..Tapi itulah, selalu je malas nak wat sendiri...hu hu hu

    ReplyDelete
  6. sue..bila tengok pau sue ni elok kembangnya...rasa bersemangat pulak nak mengepau..hhehhehe...nak buat inti yg malas tu..makan rajinsss..hehehhe

    ReplyDelete
  7. patutla rasa pelik...rupenye semenanjung cuti seminggu utk deepavali..nani kat sabah ni cuti 1 hari je...bestnye cheqsue balik kg...nak kelik jugok!!

    sebelum chow, nak pau seketul!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]