Tuesday, October 18, 2011

Karipap Pusing ~ Hudoh Bebenor Aihhh...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Petang ni nak buat tayangan sikit. Karipap pusing ni cheq sue buat minggu lepas, hari Sabtu. Pada hari tu, semua bende x jadi termasuklah karipap ni. Boleh, boleh di makan tapi x mencapai hasil yang memuaskan. Rupenye pun memang tak cantik, maklumlah pes taim buat versi gulung ni. Tapi nak jugak letakkan di sini sebagai rujukan masa depan. Step by step tu cheq sue x masukkan gambarnya kat sini. Kalau nak tengok bolehla rujuk ke blog Kak An di link bawah ni. Ada jugak beberapa resepi karipap pusing yang cheq sue jumpa, tapi yang inilah paling senang sebab menggunakan sukatan cawan.


Sebenarnya xde masalah dengan resepi ni, cuma cheq sue tersilap baca resepi. Untuk doh B tu, sepatutnya hanya 1/2 cawan majerin tapi cheq sue bubuh sampai 1 1/2 cawan (untuk gandum sebenarnya). Bila dah masuk gandum terlembik, ditambah2 lagi sampai kompius kenapa x jadi2 doh lagi. Rupa2nya dah silap daaaaa.... sayang pulak nak buang, jadi tetap guna jugak doh tersebut.

Sepatutnya pula, doh A lebih banyak sedikit dari doh B tapi cheq sue ni dengan kompidennya menyamakan kedua doh tersebut. Jadi hasilnya kulit laripap ni tersangat la gebu giler. Sampai nak gigit pun x payah.  Jadi dek kerana kesilapan itulah cheq sue rasa karipap ni kena buat lagi untuk latihan seterusnya terutama untuk langkah2 menyediakan lapisan kulit yang berlapis2 itu... Walaupun agak renyah tapi seronok tau dapat belajar. Daripada gulung2 aje tetibe boleh jadi lapis2... Kalau buat dengan anak2 mesti diorang kagum... He he he... Kalau sape nak cuba tu bolehla tgk resepi kat bawah ni ye... Wassalam...

KARIPAP PUSING
Resepi : Kak An @ Periuk Tanah

Doh A:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan margerin
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan - 3/4 cawan air sejuk dari peti ais
Doh B:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan margerin
Cara membuatnya:
1. Masukkan Bahan doh A ke dalam mangkuk kecuali air. Gaul ramas macam buat karipap biasa hingga jadi serbuk. Tambahkan air sedikit-demi sedikit hingga adunan menjadi doh lembut dan licin.
2. Bahagikan kepada 4/6/ 8 bahagian.
3. Masukkan pula bahan Doh B ke dalam mangkuk berasingan. Uli hingga jadi doh licin. Bahagikan juga seperti Doh A (4/6/8 bahagian)
4. Canai doh A dan isikan dengan bebola doh B. Bulatkan. Buat hingga habis.
5. Canai satu bebola doh yang telah diisi doh B anggaran 1 1/2 sm tebal. Gulung kemas. Canai sekali lagi. (doh akan jadi panjang)
6. Gulung sekali lagi. ke arah bujur agar gulungan jadi pendek. Potong guna pisau seeloknya yang bermata gergaji setebal 1 sm.
7. Canaikan dan terbalikkan. ( supaya corak yang terbentuk seperti diingini) Isikan inti secukupnya.
8. Kelim karipap seperti biasa. Doh sebanyak ni menghasilkan lebih kurang 30-35 ketul karipap.

**Untuk inti, cheq sue gunakan inti sardin, dan boleh di lihat resepinya di sini

Catatan lain kali : SILA BACA RESEPI BETUL-BETUL!!!

7 comments:

  1. hahaha janji sedap, telan je, rupe dlm perut pun hancur gak kan

    ReplyDelete
  2. ala tak kisah rupe cmne pun..janji sedap

    ReplyDelete
  3. @emy|farid

    sebab nak masuk dalam perut tu yang tak kisah sgt emy

    ReplyDelete
  4. cheq su..yang penting rasa kan..janji sedap..

    ReplyDelete
  5. sori cheqsue..kite rasa nak tergelak pulak baca entry ni...hihih.... cemane la tu 1/2 cawan boleh jadi 1 1/2 cawan...hmm...kalau tengok sukatan yang cheqsue bagi ni senang paham sikit. sebelum ni kite tengok resepi di MyR tu guna sekilo tepong! aduh.....3 hari 3 malam pon tak siap nak mengelim. nak bahagi utk 2 doh pon dah tak reti. tapi yg ni pakai sukat cawan senang la keje.

    ReplyDelete
  6. Salam. Senang-senang jalanlah kegerai kuih saya

    klik


    Gerai Karipap Panas Wangsa Melawati@ karipappanas.blogspot.com


    macam-macam ada. semua sedap.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]