Sunday, October 9, 2011

Oreo Cheesecake

Assalamualaikum & salam sejahtera


Hari ni, sebelum bertolak ke CH, cheq sue nak hidangkan korang dengan oreo cheesecake yang telah cheq sue buat beberapa hari lepas. Jangan minta2 okeh...semua dah habis. Cheq sue ni bukan suka sgt cheesecake ni tetapi teringin sangat nak cuba...katanya sedap... apa maksudnya sedap tu? Truly, bila sebut saje cheese memang terbayang muaknya dan cemuihnya kek tu. 


Untuk kek ni, cheq sue buat setengah adunan je. Kalau ikut resepi ni 500g creamcheese, rasa macam banyak aje (eeeeeeeeeeeeeeeee kemut toi!!). Tapi xpelah cheq sue tempekkan aje full resepi kot2 nk buat pulak lain kali. Tapi kan siyes ni tau, cheq sue hanya makan 1 potong  aje, selebihnya semua cheq sue bagi pada kawan yang memang cheese addict..



Untuk setengah adunan yang cheq sue buat, memang dapat nipis aje, tambahan pulak loyang yang digunakan agak besar, saiz 9". Agaknya sebab cheq sue guna oreo tu dalam jumlah yang agak banyak, jadinya hampir sama  dengan lapisan cheese. Kalau sape yang suka cheese kek tu memang afdal sangat kalau dibuat satu adunan terus. Baru puas hati nak makan... Okeylah...kalau sape yang nak cuba tu bolehlah tengok resepi CnP kat bawah ni ye... Wassalam...



OREO CHEESECAKE 
Resepi Asal : Jthorge's Kitchen
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-
 

  • 30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus (akak ayak jugak) 
  • 1/4 cawan butter - cairkan.
Bahan Filling:-

  • 16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese - lembutkan (biasa akak gunakan jenama Philadelphia) 
  • 1/2 cawan gula halus 
  • 1/2 sudu teh esen vanila 
  • 1/2 cawan sour cream 
  • 2 biji telor - buang tali pusatnya 
  • 1 cawan oreo yang dicincang halus
Cara Menyediakan:-

Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:- 

  1. Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. 
  2. Masukkan sour cream dan pukul sebati. 
  3. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. 
  4. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. 
  5. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. (Cara akak - setelah setengah jam waktu membakar, tutup permukaan ciskek dengan alluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning - kali ni akak terlupa nak buat step ni...dah la terlebih kuning tu..hehe..) 
  6. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam. Hiaskan dengan jem kegemaran atau buah2an seperti peach/strawberi.

14 comments:

  1. Assalam sue, sedap nampak oreo ciskek tu, tergoda, tapi tulah kalo mkn sikit ok la kalo mkn byk terasa kelembuan keju tukan heheheh

    Selamat berangkat ke CH, hati2 dijalan raya, pstttt ada beli cencalok n belacar bakar tak heheh

    ReplyDelete
  2. Salam cheq sue.Dah habis ya kek nya??Tak pa nanti kita datang lafi ya..

    ReplyDelete
  3. kalau buat utk org lain makan atau makan beramai2, ok...tapi kalo buat utk sendiri makan, adoi...muaknya... kalau dapat makan 1-2 slice, memang sedappp!

    ReplyDelete
  4. pantang nampak Cheesecake.. mmg terus nk terjah.. sedapnya cheqsue..

    ReplyDelete
  5. @EmbunRosaliza

    oleh sebab x berapa suke...x berape reti pulak nak mengomen pasal ciskek ni...

    *pi melaka x beli apa pun kak, belacan sekeping aje... :)

    ReplyDelete
  6. sedapnya kak........ nak try la, hehe

    ReplyDelete
  7. @nuwairani ismail

    ha ah nani...kalau untuk potluck ke jamuan ke boleh buat. kalau nak makan sendiri siyes separuh adunan pun x abes

    ReplyDelete
  8. @emy|farid

    jangan nak aje...kena try ni tau emy...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum cheq sue..
    cheesecake... sedaaaapnya.. akak lom terbuat2 lg resipi nie.. mmg dah lama tergoda dah nie.. suka sgt kat resipi nie.. ermm.. baru jer td buat kek lapis cheese tu.. nie pun cheese lg kan.. adeh.. risau2.. :D

    ReplyDelete
  10. @Diana @ Melley Mey

    saya x berapa gemar cheesecake camni kak...tapi nak buat tgk camana...makan bukan banyak sgt pun

    ReplyDelete
  11. I like cheese..thumbs up utk oreo kek ni :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]