Thursday, October 6, 2011

Peach Panna Cotta...Peach Pulak Tak Cukup!!!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Di petang yang sepi ni syahdu sungguh bila dapat menikmati semangkuk peach panna cotta yang dingin, baru keluar peti sejuk setelah semalaman bersemadi di dalamnya. Kali ni memang dapat panna cotta yang sedap berbanding hasil yang pertama dulu. Boleh tengok kat sini. Kali ni memang cheq sue guna susu low fat plain, memang kena rasanya dengan puri peach yang masam2 manis tu.


Tapi... kali ni puri peach tu pulak yang tak cukup! Aduhhhh...ada2 aje la yang x kena bila buat panna cotta ni. Memang niat mula2 tu nak habiskan peach dalam tin, ala tak sampai pun suku tin (memang patut la tak cukup pun...). Untung nya buat panna cotta guna resepi ni adalah kuantiti hasil yang diperoleh tu sikit. Yang cheq sue buat ni dapat 2 mangkuk puding tu dan 1 mangkuk besar tau fu fah. Satu dah dibagi pada kawan yang kebetulan datang ke rumah, dan belennye ni cheq sue makan dengan housemate. Sejak kali pertama mencuba tu, memang dah jatuh chenta lah dengan panna cota ni. Buatnya senang, makannya sedap!


Untuk resepi kali ni, lebih kurang sama jugak dengan pineapple panna cotta. Cuma kali ni cheq sue merujuk kepada resepi daripada blog DTS. Tengok gambar che mat buat aduhhhhh cantik sungguh. Yang sendiri bikin ni ada aje silap kat situ sini. Takpelah... yang penting layannnnn.... Okeh, pada sesape yang nak buat tu bolehlah merujuk langkah2 di bawah ni ya... Wassalam...

PEACH PANNA COTTA
Sumber : Che Mat @ DTS



BAHAN-BAHANNYA :-)
-7 g gelatin halal (mat guna jenama "Nur") cheq sue guna NONA
-3 camca besar air
-2 1/2 cawan susu penuh krim (mat guna 1 1/2 cawan susu sejat + 1 cawan air) cheq sue guna marigold low fat milk
-1/4 cawan gula
-1 camca teh esen vanilla
-1 tin buah peach berkaleng, toskan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ambil sedikit peach yang ditoskan tadi, potong kiub sederhana besar, kisar selebihnya hingga menjadi puree. Simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.
  2. Gelatin halal tadi disatukan bersama air, kacau rata dan ketepikan dan biar gelatin mengembang. Masukkan susu dalam periuk, masukkan gula, kacau dan masak atas api sederhana.
  3. Bila guna hancur dan susu mula kelihatan hendak mendidih, matikan api. Masukkan esen vanila dan gelatin tadi. Kacau rata2 hingga gelatin larut. Tuang dalam gelas2 yang telah disediakan, tuang 2/3 penuh. Buat hingga siap
  4. Isikan setiap gelas tadi dengan hirisan kiub buah peach. Biarkan wap panasnya hilang dan simpan dalam peti sejuk sekurangnya 4 - 5 jam hingga mengeras. Sudukan puree buah peach dalam setiap gelas tadi. Hidangkan sejuk...

8 comments:

  1. Cheq sue...tak cukup peach...tak kisahlah...kak cek nak secawan... :D

    ReplyDelete
  2. @cik cek

    :) cukup x cukup yang penting habis sudahhhhh....

    ReplyDelete
  3. sedapnya~ nyaman tekak.. hehe..

    ReplyDelete
  4. @Zack Zachoes

    nyaman nye pasal...sampai sakit urat2 ni zack... patut pantang ais...tapi main belasah aje

    ReplyDelete
  5. Cheq Sue,
    bagila Rahel satu cawan ...hehe..

    ReplyDelete
  6. Salam Cheq Sue..yana nk jgk secawan.. sejuk je rs tekak nii :=)

    ReplyDelete
  7. @Yana Shaiful

    kalau datang semalam kan boleh lagi makan2 ni yana...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]