Friday, October 7, 2011

Lamb Chop & Sos Black Pepper + Salad Kentang Mayonis = Cara Saya

Assalamualaikum & salam sejahtera

Salam Jumaat untuk semua saudara seIslamku. Semoga pada penghulu hari yang mulia ini kita semua dalam keadaan senang2 dan bahagia jua adanya. Mana2 yang x bekerja hari ni tentu dah merancang nak ke mana-mana, atau mungkin ada yang masih belum bangun lagi agaknya... Huh...tetibe jeles lak aihhh...


Berbalik pada lamb chop ni. Petang semalam cheq sue buat ni dalam sekeping untuk dinner. Jangan marah ye... SEKEPING aje..  Pada sape2 yang berdayet tu maaf ye dengan tayangan amal ni, jangan lak curang kepada dayet anda! Sesekali menikmati hidangan ala western ni memang la masyuk. Asyik2 nasi, nasi dan nasi...kali ni terasa sangat nak makan guna sudu garpu dan pisau. Ewahhhh...

Apa yang cheq sue buat ni ikut sedap kepala aje. Lain orang, lain pulak cara dan bahannya. Mungkin ada yang sama, mungkin juga sedikit berbeza. Oleh sebab lamb chop ni cheq sue makan sorang, maka bahan2 sampingan tu cheq sue cuma buat salad kentang je. Boleh sangat kalau nak buat kentang putar, coleslow atau makaroni tapi takut pulak jadi banyak, tak larat nak dihabiskan. Alhamdulillah, gabungan sos black pepper dan salad tu memang tak mengecewakan. Kena pulak dicicip dengan sos cili Thai... aduhhhh melelehhhhh....


Biasanya kalau buat lamb chop @ chicken chop ni cheq sue lebih suka menggunakan lada hitam tumbuk sebab rasanya masih segar dan tak membuatkan sos rasa muak. Faham2 ajelah bende2 western ni kalau dah muak xleh nak makan dah la. Kalau sape yang suka pedas mungkin boleh menambahkan cili padi dalam hidangan ni. Eh...boleh gitu ye?

Oklah, sebab semalam dah makan lamb ni, kena esesais banyak sikit la harini. Korang sila2lah jamu mata dengan apa yang ada kat rumah cheq sue nih. Mana2 yang nak cuba tu jangan segan2 okeh. Wassalam...

~LAMB CHOP & THE GANG
Sumber : Cheq Sue

~LAMB
Bahan perap :
- 1 keping shoulder lamb (yang ni cheq sue beli kat TESCO)
- 1 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil kicap
- sedikit garam

Cara-cara :
- tumbuk semua bahan dan lumurkan pada daging. Perap dalam peti sejuk semalaman
- letak sedikit butter, goreng sehingga masak di atas ceper. Jika agak kering boleh tuangkan sedikit sos semasa menggoreng

~SOS LADA HITAM
Bahan-bahan :
- 1/2 biji bawang besar kuning - cincang kasar
- 3 kuntum cendawan butang (dalam tin) - dadu / cincang
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
- 1/3 buku kiub ayam / daging
- sedikit oregano
- air secukupnya  (dalam 1/2 - 1 cawan)
- sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
- panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu
- kemudian masukkan tepung gandum dan goreng hingga perang
- masukkan air dan kacau rata menggunakan whisk (supaya tidak berketul)
- masukkan cendawan, lada hitam, oregano dan kiub ayam
- masak sehingga agak pekat dan rasa masinnya. Jika belum masin tambahkan sedikit garam

~SALAD KENTANG MAYONIS
Bahan-bahan :
- 3 biji ubi kentang - kupas kulit, dadu dan rebus hingga empuk. Masukkan sedikit garam

Cara-cara :
- ubi kentang yang sudah empuk, disejukkan terlebih dahulu sebelum digaul dengan 1 sudu besar mayonis
- siap!

* Lamb yang telah siap digoreng dihidangkan dengan sos black pepper dan salad kentang mayonis. Boleh juga dicampurkan dengan daun salad @ salad sayur-sayuran. Jika ada boleh juga letakkan tomato dan timun (bergantung kepada selera masing-masing). Cheq sue hidang dengan snek charchos aje sebab makan seorang dan bahan2 'solek' tak ada di rumah

18 comments:

  1. Kalau kena anak-anak kakak sekeping tak cukup cheq su... kakak suka kentang mayonis tu...

    ReplyDelete
  2. @Kakzakie

    seronok kalau makan ramai2 ni kak...saya pun makan sorang xleh nak habis kalau buat banyak2 ni

    ReplyDelete
  3. che sue...TQ sudi singgah dan follow blog mieza..mieza follow juga...sedap sungguh nampak lamb chop ni..mieza suka lamb chop..kalau gi makan western mmg inilah pilihan mieza..tp hubby tak suka tu yg mieza tk pernah masak sendiri..kena elokkk je dgn potato salad tu...

    ReplyDelete
  4. @Mieza

    sama2 mieza...kat sini kalau nak western kena belajar sendiri la jawabnya...

    ReplyDelete
  5. rajin sungguh ko sue...kita tak pernah buat sendiri...beli pernah..itu pun dah lama tak makan...sedapnyaaaa!!!

    ReplyDelete
  6. kite suke kalau yang chop2 ni kuah lada hitam...rasa panas2 je kaalu makan....masyukkkk

    ReplyDelete
  7. as-salam dan selamat malam

    kegemaran anak2 lamb chop..suka kuah sos yg pedas2..sebab anak2 suka yg pedas2..

    ReplyDelete
  8. @quinnie

    bila nak makan, kena la buat Q...rajin tak rajin, i have to!

    ReplyDelete
  9. @nuwairani ismail

    tu la pasal nani, kalau x pedas lada hitam tu memang cepat muak

    ReplyDelete
  10. @ady

    cheq sue ni tak a suka pedas sgt, tapi pedas lada hitam tu ok kat tekak

    ReplyDelete
  11. dok tmpt dh sejuk, layan lak mknan omputis terasa mcm dok obersea lak hehe

    ReplyDelete
  12. @EmbunRosaliza

    tapi satu je kak rosa...masih jgk xleh cakap omputess... spiking qlate aje

    ReplyDelete
  13. hok ni siyes sdak...

    ambo guno caro paling mudoh.. cari keda, tempah, bagi duit.. makan.. hahahaha

    ReplyDelete
  14. @kokser kokdam

    he he he...hk tu untuk orang lelaki yg rajin buleh la....

    ReplyDelete
  15. tqvm much cheq sue...saya dah salinkan petua nak perap lamb chop..anak2 saya suka sgt mkn lamb chop ni..

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. best nyer.....resepi nyer pun mudah jer...tergugat iman tgk pose2 nih.... nak cr la daging....nak buat.....

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]