Thursday, October 6, 2011

Kek Batik Cream Crackers (Resepi Kak Diana Skyblue)

Assalamualaikum & salam sejahtera

Setelah sekian lama, barulah dapat post n3 ni. Bercinta sungguh nak mengupload gambar, dari sehari ke sehari tak lepas2. Kek batik craem crackers ni cheq sue buat sekali dengan pes laksa sarawak. Dah 2 3 hari jugak tu ya, tapi masih bersisa seketul dua dalam peti. Itu pun dah dibagi pada kawan-kawan...

Sebenarnya ini baru 1st time cheq sue buat kek batik yang perlu dipukul dulu adunannya baru dimasak. Selalu kalau buat main campur2 dan masak terus atas dapur. Saja la nak cuba macam2 cara dan kaedah membuatnya. Memang agak pelik sikit dan rasanya pun tak sama seperti kek batik biasa.


Macam biasa, dapat resepi cheq sue buat ikut kesesuaian dan bahan2 yang ada kat rumah. Niatnya memang nak menghabiskan cream crackers yang dah lama cheq sue beli, sampai ada yang dah liut. Biasanya cheq sue beli yang di dalam peket2 tu, maksudnya setiap pagi makan 2 peket untuk sarapan. Tetapi bila dah puasa aritu, dan jadual makan pun berubah, biskut tu pun sama terbiar gitu aje. Kesiannnnnn dia. Tu yang bila nampak kak diana buat cepat2 cheq sue drafkan untuk dicuba.


Untuk resepi ni, cheq sue guna nestum coklat, tu sebabnya kaler dia jadi x berapa gelap. Kuantiti dan gula milo juga dikurangkan sedikit untuk mengimbangi rasa manis nestum tu. Bila dah masak, kek batik ni jadi macam chewy sikit...macam ada oat kat dalamnya. Susunan biskut kat dalam tu agak lintang pukang, macam tengah trafik jem dalam tu, maklumlah buat dah malam, nak cepat siap nak masuk sarang... *_^


Bagi sape yang nak kelainan dalam rasa kek batik bolehlah mencuba resepi ni. Kita sebagai seorang yang suka masak2 ni baiklah mengambil peluang mana2 yang boleh dicuba tu...apa salahnya. Tambah2 kalau nak habiskan biskut macam cheq sue ni... Kak diana, cheq sue CnP kat sini pulak ya... Wassalam...

KEK BATIK CREAM CRACKERS
Sumber : Kak Diana

Bahan²
  • 6 biji telur
  • 250 gm mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula cheq sue letak 1 cawan
  • 1 1/2 cawan milo 1 cawan
  • 1 1/2 cawan Nestle nestum original nestum coklat je yg ada
  • 1 tin kecil susu pekat  susu krimer manis cap junjung ( 388 gm ) cheq sue masukkan 1/2 cawan aje
  • Cream Crackers Hup Seng secukupnya _ ( Diana guna dalam 34 keping ) yang ni rasanya biskut cap Muchy's
  • Choc Rice secukupnya
Cara²
  1. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
  2. Kemudian.. masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  4. Tambahkan tepung gandum, milo dan nestum... Pukul adunan sampai ianya betul² sebati.
  5. Masak adunan menggunakan kuali sehingga adunan pekat.
  6. Tutupkan api dan masukkan cream crackers dan gaul perlahan.
  7. Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang yang telah d lapis dengan aluminium foil dan tekan kek sehingga rata dan padat.
  8. Taburkan choc rice d atas kek.
  9. Simpan d dalam peti ais sebelum d potong.
  10. Boleh juga d buat seperti d bawah nie yer...
  11. Sediakan loyang yang telah d lapis dengan aluminium foil dan letakkan sedikit adunan kek tadi.. ratakan.
  12. Kemudian susun cream crackers d atasnya .. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
  13. Taburkan atasnya dengan choc rice... Simpan d dalam peti ais sebelum d potong... cheq sue buat ikut cara ni...

14 comments:

  1. Assalamualaikum cheq sue..
    terima aksih sudi cuba... ermm.. cheq sue guna nestum choc yer.. ok x rasanya cheq sue.. akak x perna lg guna nestum choc tu... lain kali nak juga cuba ler.. :) n lapisan kek tu pun nampak ok dah tu cheq sue.. cantik..

    ReplyDelete
  2. wah wah.. ghajinnyer melapis.. tun mmg malas betul la kalau bab2 melapis2 nih.. mmg kompom akan pecah2 dan gaul je. huhu

    ReplyDelete
  3. @Diana @ Melley Mey

    nestum tu aje yang ada kat rumah ni kak... rasa dia xde la beza sgt kot...

    ReplyDelete
  4. @tun_telani

    tun...ghajin kebendenye...tgk lapisnya tu kelam kabut aje

    ReplyDelete
  5. @Sue @ Nenie

    ha...tak cukup kalau sepotong tu nenie..

    ReplyDelete
  6. banyak duit tul na...hari2 masak

    ReplyDelete
  7. pernah buat pakai biskut marrie jer sue..sekut kering lum pernah try lg..sedap jugak erk sue

    ReplyDelete
  8. @IMANSHAH

    duit xde la banyak, tapi alhamdulillah rezeki yang ada bila dikongsi-kongsi ni, x terasa pun. what u give u get back!

    ReplyDelete
  9. @Ida,Japan

    truly, saya suka yang guna sekut meri lagi kak ida, ni buat sebab nak habiskan stok sekut krim krakers tu aje...rasa not bad..

    ReplyDelete
  10. wah! musim orang buat kek batik pulak sekarang...kek ni nampak aje simple, tapi costly jugak...dah lama tak buat...

    ReplyDelete
  11. @nuwairani ismail

    tu la nani...xleh buat sokmo, ni kebetulan ada lebihan barang2... tu la cuba

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]