Friday, October 28, 2011

Nostalgia : SYARIKAT MUDA OSMAN

Assalamualaikum & salam sejahtera


Petang semalam cheq sue ke Pasir Puteh, ada sedikit urusan yang perlu dibuat. Kemudian singgah seketika di Syarikat Muda Osman - SMO (kedai buku). Dah agak lama jugak tak ke sana, rupa2nya sekarang urusan penjualan sehingga 10 malam Mmmmm dah banyak berkembang rupanya kat Bandar PP ni.Kalau sebut saja MUDA OSMAN, memang satu ikon yang sangat popular di serata ceruk negeri Kelantan. Daripada cheq sue sekolah rendah sampai la sekarang, SMO tetap berdiri teguh seiring pembangunan. Kalau dulu lokasinya berhadapan SK Laki-Laki, sekarang kedudukannya lebih strategik, berdekatan stesen bas dan di tengah2 bandar.

Tujuan cheq sue ke SMO adalah untuk mencari frame gambar. Sedang memilih tu, ditegur oleh seorang pekerja veteran, membahasakan dirinya Pokcik Me (Man). Seingat cheq sue, dia merupakan pekerja yang sangat setia dengan SMO. Setiap kali ke sana memang akan ternampak dia. Kalau dulu badannya tegak, misainya melentik hitam pekat, tapi sekarang sudah ada garis2 tua di wajahnya. Tak tahu la berapa lama dia kerja di sana, tapi sekarang dengan statusnya seorang atuk, dengan 3 cucu tentulah sudah agak lama dia bekerja di situ. Orangnya ramah, sangat baik hati. Bermacam2 di tanya pada cheq sue. Duduk di mana, kerja di mana, orang rumah kerja kat mana, pakai kereta apa, bila nak balik ke Pahang... eh eh eh....

Bagi anak-anak Kelantan di mana-mana sekalipun, mesti ada kenangan di SMO. Cheq sue percaya, paling tidak sekali dua pernah membeli buku-buku @ peralatan sekolah di sana. Jangan ketawa pula kalau cheq sue kata di SMO juga boleh menjadi tempat untuk 1st date. Ada jugak yang bertemu jodoh di sana. Ye la...sambil2 memilih pensel dan pen, sambil mata mengintai ke sana sini. Al maklumlah rata2 pelanggannya masih bergelar pelajar samada di sekolah, universiti atau maktab. Aduhhh...bila diingat balik, tersenyum sendiri dengan nostalgia di SMO ni.... Sekian, wassalam...

6 comments:

  1. pilihan utama utk beli buku..sy biasa beli kat depan bazar dan dekat the store kb tu

    ReplyDelete
  2. ingat2 lupa dah lokasi smo di PP ni. dulu kalau outing pp mesti singgah smo.

    ReplyDelete
  3. yana pnya smo pasir mas..tmpt cr alatan skolah dan novel..smpai skg smo tetap dihati.klu blk kg smo lah tmpt beli paper..dh mkin canggih skg..semua dh scan..xyah beratur lama2 mcm dulu dh :=)

    ReplyDelete
  4. SMO ni byk branch kan?slalu gi yg kat kb mall..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum cheq su.
    ms di kb, kedai buku inilah tumpuan utama akk n anak2 nak cari buku, majalah, novel dll selain kedai buku banggol. di kunbang kerian ada, di wakaf che yeh ada n di kb mall pn ada. seronok beli di kedai org melayu beragama islam. skrg ni tinggal kenangan ajelah. huhu...

    ReplyDelete
  6. Assalam sue, SMO kat TM pun ada, tapi la ni rasa mcm tak ada dh..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]