Wednesday, October 26, 2011

Roti Manis

Assalamualaikum & salam sejahtera

Roti manis ni cheq sue buat petang semalam. Saje je ngetest resepi pada dok saje. Semua pakai handmaker. Alhamdulillah elok aje kejadiannya.  Tepungnya pulak cheq sue guna 1 cawan gandum dan 2 cawan tepung superfine. Cuma jangan la korang bandingkan gambar tu dengan gambar kengkawan lain yang dah buat roti ni. Puas dah cheq sue menyetting sana sini, asik x memuaskan aje. Kalau buat photoshoot kat luar rumah jadi lawa la sikit gambarnya, tapi semalam hujan la pulak.


Cara membuat roti ni walaupun secara manual, agak mudah jugak dan x perlu nak uli beria sangat. Agak2 dan sebati tu dan doh tak lekat di tangan, bolehlah dibiarkan rehat untuk naik sekali ganda. Pastu x perlu nak lepaskan geram terhadap adunan yang tak bersalah tu, cuma dibiarkan aje. Sebab tu la bentuk roti cheq sue ni lain macam aje cantiknya. Tapi yelah, apa yang ada pada rupa...janji sedap!


Kalau sape yang nak cuba tu sila-sila lah rujuk resepi kat bawah ni. Satu adunan ni x dapat banyak, tapi kalau famili kecik eloklah buat setengah aje. Memang sedap, xyah lawan dengan air teh ke hape, gitu pun dah sedap. Apapun, selamat mencuba dan Happy Deepavali kepada semua yang beragama Hindu... Wassalam...

ROTI MANIS
Asal : KR
Sumber : Izahdaut

Bahan A:
  • 1/2 cawan air suam
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 paket yis-11g
  • 1 sudu makan gula 
  • **Campurkan kesemua bahan ketepikan seketika sehingga berbuih
Bahan B :
2 sudu makan butter - cairkan-Ika guna 1sb butter cair dgn 1 sb Shortening

Bahan C :
1 cawan gula (atau 12 sudu makan) cairkan jadi sirap dgn 1/2 cawan air (ini untuk menguli tepung) masa menguli, kalo tepung kurang air boleh tambah air suam sedikit demi sedikit-gunakan air suam supaya cepat larut gula tadi
*izah & cheq sue kurangkan kpada 1/2 cwn gula 

Bahan D :
3 cawan Tepung Roti

Bahan Tabur :
Gula caster *izah guna gula pasir

Cara membuatnya :

  1. Masukkan bahan D dalam bekas adunan.
  2. Campur kesemua bahan2 A, B & C tadi pastu uli jadikan doh...
  3. Sudah uli, agak2 dohnya kenyal2 mcm doh roti canai yg besa tengok kat kedai mamak tu ler. Tak lembik sgt, tak kenyal sgt... yg sedang sedang ajaaaaaaaa hehehe
  4. Kalo terlembik, tambah aje tepung sikit2 uli jadi kenyal semula...
  5. Biarkan doh rehat sampai dia naik gebu, agak2 dalam 1/2 jam ler kot.
  6. Lepas dlm 1/2 jam gitu dah boleh bentuk2kan (Jangan tumbuk doh, biarkan aje gebu than terus bentukkan) Dah boleh bulat2kan pastu susun dalam loyang pembakar.
  7. Susun rapat2 pastu biarkan lagi dalam 40-45 minit... doh akan naik semula.
  8. Lepas dah naik doh tu dalam loyang pembakar, boleh masukkan dalam oven.. cheq sue basahkan sedikit bahagian atas tu dengan air dan tabur gula pasir dengan bijan bakar selama 30-40 minit ~ suhu 180 degree - yg ni kita bakar dlm masa 15 min jerr :D bergantung pd oven masing2 ya..
Nota :
** masa rehat doh, jgn tutup.. biarkan aje dia naik sendiri kena angin

4 comments:

  1. Dah lama tak meroti. Teringin le pulak.

    ReplyDelete
  2. salam cheq sue..bila tgk cara2 buat roti ni nmpk ada kelainan la..doh pun xyah tutup ms peram, kan...

    ReplyDelete
  3. dh lama betul tun x meroti. last time tgk kak noorsha n ika buat roti ni mmg terliur betul.

    ReplyDelete
  4. biasa kalu make roti beli kedai jah..tak rajin lagi buat sendiri ingat lepas beli oven ni nak try ar resipi ni..nampak super sedap jah..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]