Assalamualaikum & salam sejahtera
Dua tiga hari ni memang sangkut sikit bila nak upload gambar. Sepatutnya sira pisang ni di n3 selepas cendol, tapi berhabuk jadinye xleh masuk2 bila nak upload. Xpelah walaupun dah habis di santap nak jugak tunjuk sebagai memberi idea kepada kawan2 untuk mencubanya.
Mungkin ramai yang dah tahu yang cendol ni sedap jugak tau kalau dimakan dengan sira pisang selain dari dibuat air cendol, talam, puding atau dimakan dengan air gula. Kalau sape yang ada kesempatan tu boleh la cuba, pasti tergoda. Cheq sue pun tak tahu jugak, cuma mek yang selalu dok cakap yang dia suka sangat kalau makan macam ni.
Sira pisang bercendol ni kalau dapat di makan sejuk2 memang la sedap. Jadi kalau nak tahu jangan segan2 mencubanya ya... Wassalam...
SIRA PISANG BERCENDOL
Sumber : Cheq Sue
Bahan-bahan :
- pisang secukupnya, gula, air, bunga cengkih, daun pandan, secubit garam kasar (agak2 la ya untuk sebanyak mana pisang yang digunakan)
- cendol
Cara-cara :
- didihkan air, gula, bunga cengkih, daun pandan dan garam
- masukkan pisang dan masak sehingga pisang lembut
- bila dah siap bolehlah dihidang ke dalam mangkuk dan masukkan cendol untuk dinikmati bersama
as-salam
ReplyDeleteemmm...memang sedapp npk gambar kat atas tu..sedap juga cendol tu mkn dgn sira pisang... good ideas!!!
Salam..emmm lama betul tak makan cendol ngan air gula cenggini..Tapi belum pernah makan ngan pisang....Dan selalu pun guna air gula biasa je tanpa bunga cengkih...
ReplyDelete@ady
ReplyDeleteboleh la cuba ni nanti ya ady...
Assalam Sue, kalo cendol mkn ngan air gula akk pernah la mkn, tapi boh pise sira ni tak pernah cuba lagi, mesti sedapkan
ReplyDelete@Sue @ Nenie
ReplyDeletebunga cengkih untuk mewangikan sira tu sue...
@EmbunRosaliza
ReplyDeletekena la cuba kak rosa....kalau dapat sira pisang kebatu @ nangka lagi sedap di makan dengan cendol ni
pinggan tu mcm design corelle la...
ReplyDelete(buleh pulak komen pinggan ye) heheh... unik! tak penah jumpa lagi ni cendol dalam sira pisang...
menu baru ni..tak pernah jumpa..boleh cuba la pasni.thanks ye tuan umah..
ReplyDelete@nuwairani ismail
ReplyDeleteaihhh... mangkuk corell i tu jugak yang u nampak ye...
* corell kebendenye nani eh, mangkuk ubat gigi aje tuhhh
@Pen Biru
ReplyDeletenanti jangan lupa mencuba ye pen biru...kalau dah buat jangan lupa lapor