Tuesday, October 4, 2011

Sira Pisang Bercendol

Assalamualaikum & salam sejahtera

Dua tiga hari ni memang sangkut sikit bila nak upload gambar. Sepatutnya sira pisang ni di n3 selepas cendol, tapi berhabuk jadinye xleh masuk2 bila nak upload. Xpelah walaupun dah habis di santap nak jugak tunjuk sebagai memberi idea kepada kawan2 untuk mencubanya.

Mungkin ramai yang dah tahu yang cendol ni sedap jugak tau kalau dimakan dengan sira pisang selain dari dibuat air cendol, talam, puding atau dimakan dengan air gula. Kalau sape yang ada kesempatan tu boleh la cuba, pasti tergoda. Cheq sue pun tak tahu jugak, cuma mek yang selalu dok cakap yang dia suka sangat kalau makan macam ni.


Sira pisang bercendol ni kalau dapat di makan sejuk2 memang la sedap. Jadi kalau nak tahu jangan segan2 mencubanya ya... Wassalam...


SIRA PISANG BERCENDOL
Sumber : Cheq Sue

Bahan-bahan :
- pisang secukupnya, gula, air, bunga cengkih, daun pandan, secubit garam kasar (agak2 la ya untuk sebanyak mana pisang yang digunakan)
- cendol

Cara-cara :
- didihkan air, gula, bunga cengkih, daun pandan dan garam
- masukkan pisang dan masak sehingga pisang lembut
- bila dah siap bolehlah dihidang ke dalam mangkuk dan masukkan cendol untuk dinikmati bersama

10 comments:

  1. as-salam
    emmm...memang sedapp npk gambar kat atas tu..sedap juga cendol tu mkn dgn sira pisang... good ideas!!!

    ReplyDelete
  2. Salam..emmm lama betul tak makan cendol ngan air gula cenggini..Tapi belum pernah makan ngan pisang....Dan selalu pun guna air gula biasa je tanpa bunga cengkih...

    ReplyDelete
  3. Assalam Sue, kalo cendol mkn ngan air gula akk pernah la mkn, tapi boh pise sira ni tak pernah cuba lagi, mesti sedapkan

    ReplyDelete
  4. @Sue @ Nenie

    bunga cengkih untuk mewangikan sira tu sue...

    ReplyDelete
  5. @EmbunRosaliza

    kena la cuba kak rosa....kalau dapat sira pisang kebatu @ nangka lagi sedap di makan dengan cendol ni

    ReplyDelete
  6. pinggan tu mcm design corelle la...
    (buleh pulak komen pinggan ye) heheh... unik! tak penah jumpa lagi ni cendol dalam sira pisang...

    ReplyDelete
  7. menu baru ni..tak pernah jumpa..boleh cuba la pasni.thanks ye tuan umah..

    ReplyDelete
  8. @nuwairani ismail

    aihhh... mangkuk corell i tu jugak yang u nampak ye...
    * corell kebendenye nani eh, mangkuk ubat gigi aje tuhhh

    ReplyDelete
  9. @Pen Biru

    nanti jangan lupa mencuba ye pen biru...kalau dah buat jangan lupa lapor

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]