Tuesday, October 9, 2018

Kit Takoyaki DIY

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila sebut pasal takoyaki ni, bukanlah nak kata favourite sangat, tapi bukanlah kata tak gemar jugak. Hanya sekadar makan, ukan kata pantang jumpa terus nak beli. Cuma itulah, tak pernah lagi buat sendiri walaupun acuannya tu dah beli lama. Sebab apa? Sebab tak ada sos tu, kalau kata tepung bancuhannya dah ada satu dua yang saya save, cuma tertangguh dek nak dapatkan sos.

Baru baru ni bila dah terjebak membeli di Shopee, saya cuba search dan terjumpa beberapa penjual yang mempromosikan kit DIY masing masing. Saya pun cubalah beli satu dan ia didatangkan lengkap dengan set tepung, sos, mayonis, seaweed, bonito flakes dan juga chilli flakes. Di dalamnya ada 5 peket tepung, sekali bancuh (1 paket tu boleh la dalam 15 - 16 biji).


Mula mula saya buat ni masa dekat kampung, bila anak anak buah balik. Memang seronok la deme ni makan, sebab puas hati, kalau kata nak beli 4 biji dah RM5, bila buat sendiri ni memang jimat dan boleh angkat dua ibu jari.

He he he...





Di dalamnya saya hanya masukkan inti sosej dan crab stick. Kobis saya tak masukkan sebab bebudak ni idok le dia nak makan. Tapi terpulangla pada citarasa masing masing, kalau saya lagi suka bubuh inti sotong, cuma itulah buatnya belum lagi.

Belen tepung yang ada saya buat lagi di sekolah baru baru ni dan memang licin semuanya. Maklumlah nak beli payah sikit nak dapat. Sesekali dapat menjamu rakan rakan memang seronok. Ada satu peket lagi belum habis saya ingat nak buat yang istimewa sikitlah untuk reward diri sendiri.

Haaa korang kalau kata nak beli jugak search ajelah kat Shopee tu nanti macam macam yang akan keluar, tinggal nak pilih aje. Saya ni nak share pun dah tak berapa ingat siapa namanya. Oh ya, sos yang diberikan tu memang banyak, so lepas ni bolehlah buat tepung sendiri pulak. Cuba ok, gerenti tak menyesal...

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

  1. bestnya kak, dana mmg suka lah ngn takoyaki nih... tp nya takde kekuatan nk msk sndiri tako tuh... klu beli yg tingal pnskan ok lah hahahha

    ReplyDelete
  2. Wah ada ker..nk beli..tp xdop plop alat dio..tunggu dulu la..mmg hantu takoyaki

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]