Thursday, October 11, 2018

Coklat Cheese Lava Kek

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sebenarnya ada kisah yang agak tragik dengan kek coklat, sampai satu tahap saya dah tak mahu membuatnya. Trauma tau, tapi malas lah nak cerita, simpan dalam hati je. Tapi kalau sesiapa yang kenal saya, saya suka nak mencuba, dan sebab itulah saya buat kek ni, sebab saya nak cuba buat dan nak menjamu anak-anak buah saya.  Kalau tak buat kita tak tahu macamana caranya, susah ke senang, menjadi ke tidak.


Nah, inilah hasilnya.  Tak sangka jugak menjadi elok, tak kalah dengan orang yang jual tu. Tapi 1st attempt ni biasalah ada kekurangannya somewhere. Di atasnya saya just lorekkan dengan nutella sebab lupa nak simpan sikit adunan cheese, kalau tak nampak jelita la sikit.





Suka dengan adunan ni. Menjadi elok walaupun hanya guna hand mixer. Satu adunan ni dapat 4 bekas je, tapi yang sebenarnya boleh je nak buat 5, kena kurangkan sikit sebab bila dah siap keknya jadi banyak sampai nak memenuhi bekas. Iyalah, kita kan nak tambah adunan cheese dengan ganache tu semua.


Dah siap tu jomlah kita menyudu. Memang heaven sungguh bagi sesiapa yang suka kek coklat. Macam saya so so aje, sekadar melayan tekak.


Bila tengok ni rasa macam nak buat lagi. Sikit tak puas hati sebab masa buat ni peti ais rosak, jadi kek kena simpan dalam freezer. Tak berapa boleh nak menikmati kek sejuk, kena defrost dulu baru boleh makan. Kalau kata simpan dalam peti ais, terus onz aje.


Tempting kan?? Untuk resepi ni saya skodeng ni blog Kak Ita, dan boleh dibuat keeper recipe selepas ni. Kalau tengok di blog tu memang ada step by step as usual. Korang bolehlah mencuba ya, jangan jadi macam saya orang dafh sampai ke destinasi saya baru nak stat enjin. He he he...

CHOCOLATE CHEESE LAVA BERHANTU
Rujukkan : Chef Asma Nordin

Sumber : Kak Ita

KEK CHOCOLATE MOIST ANIS
1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor
2 biji telur Gred A- Telur di pukul dengan wisk
Ketepikan

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
* Satukan semua bahan kering dan ayak
Ketepikan

* Jika kek ini hendak di bakar sebaiknya gunakan UHT Whipping Cream untuk dapatkan kek yang lebih moist. Bakar dengan kaedah steam bath untuk dapatkan kek yang lembab

* Jika kek ini hendak di kukus sebaiknya gunakan fresh milk atau susu cair.


Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut.
Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..
Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak
Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan. Sekejap aje...
tutup api.
Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~ ( jika kek di kukus ) atau sediakan loyang  ~ jika kek di bakar
Susun bekal aluminium dalam kukus
Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas
Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak
Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna
Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese

KRIM CHEESE
250 gm Cheese
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh pes lemon ~ jika suka ( dalam gambar tak ada )

Satukan cheese dan susu pekat manis dan putar hingga adunan lembut dan sebati
Masukkan UHT Whipping Cream dan putar hingga kental.
* Pastikan jangan terlebih pukul kerana UHT Whipping cream akan mencair jika terlebih pukul

COKLAT LELEH
250 gm coklat masakkan gelap
250 ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu
1 sudu besar butter
1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella ( dalam gambar tak ada )
1 sudu teh esen vanilla ( dalam gambar tak ada )
Satukan coklat, butter dan paste Hazelnut dalam mangkuk
Masukkan UHT Whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga timbul buih kecil tepi periuk.
Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi coklat masakkan
Biarkan coklat mencair
Tambahkan esen vanilla dan gaul rata
Biarkan sejuk
Kek yang telah masak di biarkan sehingga sejuk sepenuhnya
Potong kek kepada 2 kepingan ( jika nak buat cheese di tengah )
Ambil sedikit cheese ( dalam 2 sudu besar)  dan campurkan dengan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan letakkan dalam piping bag untuk hiasan atas kek.

Kek yang telah di potong di letakkan cheese
Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek di atas cheese
Ratakan cheese di atasnya
Simpan sebentar dalam peti ais hingga cheese keras sedikit
Bila cheese dah keras, tuangkan coklat leleh
Hiaskan atas kek dengan corak pilihan dengan menggunakan cheese coklat yang di letakkan dalam piping bag tadi.
Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair
Simpan dalam peti ais sebentar hingga coklatnya keras sedikit

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

  1. aduh... sedapnya kak...
    udahla dana ni peminat coklat dan cheese...

    ReplyDelete
  2. Situs Taruhan kartu online yang sedang trend di Indonesia
    BonsaiQQ

    ReplyDelete
  3. It is my first visit to your blog, and I am very impressed with the articles that you serve. Give adequate knowledge for me. Wondering where to go in 2019? Things to do has ranked as the best include a remote, idyllic island, the design capital ...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]