Tuesday, October 16, 2018

Brownies Walnut

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sesungguhnya sudah jatuh cinta dengan brownies ni. Payah jugak nak suka brownies tapi yang betul betul kena dengan selera saya. Rasa, tekstur, bagi saya memang perfect. Ini kiranya kali kedua saya buat, kali pertama tu takleh nak kira sebab saya campurkan dengan adunan cheese lebihan buat kek snow cheese.


Walaupun tak berkedut, dan agak mendap di bahagian tengah, tetap sedap pada tekakku. Itu yang pentingnya frasa jangan menilai dari rupa.







Saya agak masa buat ni ada something yang tak kena dengan oven, sebab kat bahagian tepi dah garing tapi di bahagian tengah tu masih agak lembik. Tapi boleh je makan.



Kita kasi potong ya. Acah acah macam beli di kedai gitu.


Mmmm, tengok pun dah nampak sedap. Belum makan lagi tuh


Keratan rentas di dalam. Sungguh bahagia melihatnya sebab menjadi. Memang hancus segala diet sebab makan tak berhenti. Hish hish hish.. Tq to owner, memang jadi keeper recipe dah ni...rugi tak cuba.


RESEPI BROWNIES WALNUT
Sumber : Enya Abdullah

Bahan-bahan
450 gm Dark coklat Couverture atau coklat Compound, saya pakai jenama Beryl's jenis coins

1 cawan walnut, dicincang kasar dan tak perlu dipanggang

160 gm mentega

180 gm gula perang
4 biji telur saiz A
1 sudu kecil esen vanilla
120 gm tepung naik sendiri, saya pakai Blue Key
30 gm serbuk koko, saya pakai jenama Beryl's
Secubit garam kasar


Cara penyediaan

Panaskan oven pada suhu 160C

Cairkan butter dan garam kasar menggunakan double boiler atau microwave. Kacau rata dan sejukkan sebentar

Coklat dipotong halus dan cairkan mengunakan kaedah double boiler atau microwave. Kacau rata dan sejukkan sebentar

Note : Boleh je cairkan coklat dan butter sekali menggunakan double boiler atau microwave


Tepung digaul bersama serbuk koko dan diayak.

Satukan telur, butter cair, dan gula perang dalam mangkuk besar. Masukkan esen vanila. Mengunakan senduk kayu atau sudu, kacau sehingga sebati semua bahan. Masukkan tepung dan coklat. Masukkan juga walnut yang dicincang. Simpan sedikit untuk ditabur diatas

Masukkan adunan dalam loyang 10 x 10 inchi. Tabur lebihan walnut diatasnya.
Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan tadi.
Masak selama 30-40 minit. Oven saya memerlukan 40 minit untuk bakar. Tahap panas oven ni lain lain, jadi kena selalu tengok kalau anda tak pasti oven anda bagaimana. Make sure tak terlebih bakar.


Note : Brownies lebih sedap dibiarkan semalaman sebelum dimakan. Lebih sedap selepas 2 hari dibakar. 



 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

7 comments:

  1. mkn pns2 mesti sedap kan kak... brownies ni mcm simple tp rasa coklat dia tu... perkkkhh

    ReplyDelete
  2. Artikel Yang Bagus Gan Mohon izin Comment nya ^_^

    BOLA PELANGI - BANDAR MIX PARLAY TERBESAR DI INDONESIA HANYA DENGAN 1 USER ID SUDAH BISA BERMAIN SEMUA GAME.
    Join US ! klik link di bawah ini ☟

    Prediksi Bola dan Togel.
    Bola Online
    Mix Parlay
    Bola Jalan
    Bandar Bola

    ReplyDelete
  3. Extraordinary article Lot's of data to Read...Great Man Keep Posting and redesign to People. Explore photo and video images on Instagram, latest posts and popular posts about Pictaram.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]