Monday, February 9, 2015

Super Delicious Vanilla Cupcakes

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ini projek tak ada kerja. Rasa macam free sangatlah konon2nya...  Bukan apa, rasa macam lama je tak membaking, pastu rasa macam sedap je kudapan ala2 kek kosong, yang digandingkan dengan teh O panas... aduh asyiknya. Terus saja godek Google dan jumpa dengan resepi ni. Rasa2 dulu dah pernah buat, tapi tak apalah buat lagi... cuma kali ni saya buat 1/3 adunan sahaja, dengan menggunakan sebiji telur dan bahan2 yang lain saya bahagikan kepada 3. Gigih kan... Sakit kepala juga rupa2nya nak bahagikan...


Oleh kerana sukatan bahan2 ni agak susah nak dibahagikan kepada 3, kecuali telur yang digunakan sebanyak 3 biji, tapi saya guna satu saja, maka untuk bahan2 yang lain saya sukat seperti yang dinyatakan, kemudian saya timbang dan barulah saya bahagikan kepada 3, cuma kena pandai2 la sebab sukatan tu mungkin tak berapa tepat. Ini dikatakan ada kerja senang tapi nak buat yang susah. Ibarat kata orang Kelantan, main 'JJUAL'....


Daripada adunan sebiji telur tu dapatlah sebanyak 6 biji saiz L, memang gedabak semuanya. Tiga biji saya makan manakala yang selebihnya bagi pada Cheq Da yang kebetulan datang menghantar barang.

Rasanya memang takyah nak citer lelebih la. Walaupun nampak agak padat tapi ianya gebu dan ringan, memang sedap la senang citer. Korang kalau nak tahu kena la cuba sendiri ya... Kat sini setakat tayang2 gambar boleh lerrr.....



EASY, DELICIOUS HOMEMADE VANILLA CUPCAKES

Bahan bahan:
3/4 cawan  butter (6oz) - suhu bilik
3 biji telur - suhu bilik
2 1/2 cawan all purpose flour (saya guna tepung gandum)
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster (kurangkan sedikit)
3 sk vanilla (boleh lebihkan)
1 1/4 cawan susu (saya guna susu segar) 
2 1/2 sk baking powder

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. 
Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.
Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.
Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.
Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.
Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. As salam. My favourite cake. Tak suka yang bercheese bagai. Like plain moist cake

    ReplyDelete
  2. wpun bagi tia , menjadi cup cake ni ... nice je texturnya .

    ReplyDelete
  3. Memang just nice je cupcake ni QV... nanti blh cuba

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]