Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Apam susu, satu lagi fenomena di kalangan blogger masakan. Saya tak terkecuali untuk mencuba. Kalau diikutkan saya ni kureng sikit apam yang menggunakan ovelett. Saya lebih suka apam yang guna yis kerana rasanya yang agak berlainan dari apam yang menggunakan ovelett. Cuma kadang2 bila buat tu bukan la tak makan...cuma makan tak beriya la orang kata.
Saya buat apam ni setengah adunan saja. Memula nak buat suku adunan, pastu bila fikir2 kalau buat lebih boleh bawak gi sekolah. Lagipun kalau buat suku adunan tu rasa macam membazir letrik pulak. Iyalah, saya kukus guna periuk nasi, jadi kalau buat sikit ke buat banyak penggunaan elektrik tu sama je. Buat separuh adunan ni dapatlah 4 loyang kecik muat sekali kukus.
APAM SUSU
Resepi Oleh : Sabrina Khan
Rujukan : Nana Aboy
Resepi Oleh : Sabrina Khan
Rujukan : Nana Aboy
Sumber : Azlita Masam Manis
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
Pewarna yang di sukai
Perasa
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
Pewarna yang di sukai
Perasa
Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam
Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak
Ketepikan
Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla
Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih
Masukkan susu pekat manis
Putar lagi hingga sekata
Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi
Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi
Kaup balik adunan rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna
Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka
Gaul rata
Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang
Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit
* tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam
Angkat apam setelah masak
Keluarkan dari loyang
Potong bila ianya telah sejuk

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]