Wednesday, February 4, 2015

Ayam Masak Kicap Pedas

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Menu ni walaupun ringkas tetapi sangat memuaskan hati. Dua tahun di Johor, menu ni banyak dihidangkan semasa makan tengah hari atau makan malam. Saya secara jujurnya memang menggemari masakan sebegini jika dibandingkan dengan masak kicap biasa. Aroma rempah 3 beradik yang digunakan serta tumisan cili giling menambahkan lagi kick masakan ni.


Bila beli ayam, saya memang dah set untuk buat masakan ni. Cuma versi saya mestilah berkuah sedikit sebab nak panaskan banyak kali... Lagi pula saya dah tak perlu masak lauk lain dah... Cili kering yang sya guna tu jenis besar yang dibeli di Kelantan, maksudnya tak berapa pedas serta warna yang lebih gelap. Sebab tu la kalau tengok hasil kejadian ayam masak kicap pedas saya tu lebih kehitaman. Jangan terpedaya okeh, ianya langsung tak pedas! Pedas2 manja saja..


In Sha Allah nanti nak cuba buat guna ikan pulak, mesti sedap jugak. Kawan2 yang lain dah try ke belum... moh la cuba. TQ pada sumber resepinya Kak Azie. I like....


AYAM MASAK KICAP PEDAS
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ayam - lumur garam kunyit dan goreng
1 biji ubi kentang - hiris nipis dan goreng
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili hidup merah/benggala - hiris saya tak masukkan
1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
Daun sadri/daun bawang - hiris
Susu pekat manis saya guna gula
Lada hitam - tumbuk kasar
Rempah penumis: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga

Bahan sos:
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tomato
Sos tiram

Bahan bahan kisar:
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.
Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan air.
Setelah mendidih,  masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup. Akhir sekali masukkan ayam bersama ubi kentang yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api. 
Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

14 comments:

  1. Nampak macam sedap tu cheq sue. akak nak Cuba lah nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni akak memang kena cuba... gerenti sedap. Budak2 pun suka

      Delete
  2. yummm sedapnyer dah tghari ni mmg lapar la bila tgk ayam masak kicap cs ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok gambar dah nampak sedap... kalau buat sendiri mmmm komfirm berlebih2 sedapnya tu

      Delete
  3. Ohh... letak susu pekat. Kakak nak cubalah lain kali sebab tak pernah cuba letak susu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus cuba kak...sebab ni satu kelainan dalam masakan

      Delete
  4. lain pada yang lain..letak susu.. :)

    salam perkenalan sis & jemput ke blog nana

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Nana sudi ke blog tak sepertinya ni. Nanti kalau ada masa cubalah ya

      Delete
  5. wah..mesti sedap ni sebab wana suka makan ayam..tapi sekarang ni dah tak boleh makan pedas sangat..x tahan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tahan pedas Wana...sebab tu guna cili kering jenis besar...

      Delete
  6. Sedapnya ayam masak kicap...teringin nk bikin jgk nti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat jangan tak buah... nanti boleh cedok sikit *_*

      Delete
  7. Replies
    1. Nanti bolehlah request dekat Puan Cinta ya...

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]