Wednesday, February 18, 2015

Ikan Talapia Masam Manis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini menu bukan main namanya. Sekali sekali rasa macam nak makan macam dekat kedai, jadi masak la gempak2 sikit, padahal yang di dalam tu bukannya jenis ikan mahal. Biasanya kalau masak masam manis ni yang sedap pastinya ikan siakap, atau ikan kerapu, atau ikan bawal, maksudnya ikan yang berkelas la... tapi di CH ni mana nak dapat ikan cenggitu, kalau ada pun mahal serupa bedil, pastu tak berapa segar, semuanya dah pakai contact lense merah. Jadi pilihannya adalah ikan air tawar ajelah, seekor saiz sekali makan dapatlah rege singgit sekor, pastu agak segar jugak. Satu yang saya suka pasal ikan talapia ni adalah ketahanannya walaupun disimpan lama dalam peti sejuk. Cuma waktu proses tu kena la guna limau nipis untuk elakkan bau hanyir.



Seperti biasa jugaklah kalau masak camni yang banyaknya adalah sayur... Takyah masak sayur dah maksudnya. Ikan pulak memang saiz XS jadik ekor aje yang nampak. Buat ni seringkas yang mungkin, potong2 dan campak saja... Sayur pulak apa yang ada saja. Kalau la boleh dapatkan nenas alahai lagi masyukkkk.......

Resepinya di bawah kalau ada yang nak cuba...

IKAN TALAPIA MASAM MANIS
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Seekor ikan talapia - bersihkan, kelar dan perap garam kunyit. Kemudian goreng hingga garing
Bawang putih - ketuk
Bawang besar - mayang
Halia - ketuk
Sayur lobak merah, bunga kobis, tomato
Sos cili, sos tomato, sos plum, kicap
Gula, garam, minyak
Daun ketumbar

Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga garing
Masukkan lobak merah dan bunga kobis. Tambah sedikit air
Masukkan sos cili, sos tomato, sos plum dan sedikit kicap
Masukkan ikan dan biar mesra dengan kuah
Masukkan tomato

Perasakan dengan garam dam gula
Masukkan daun ketumbar
Biar seketika dan bolehlah diangkat

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

8 comments:

  1. wahhh...sedapnyer... hmm nanti lunch esok saya masak ini jugak...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak2 dah jadik ikan masam manisnya kak...

      Delete
  2. Replies
    1. Wana kena buat tu dulu baru tahu best ke tak..

      Delete
  3. lauk sempena raya cina ke ni ciksue? ehehe. ciksue bagi keychain korea ke? dah lama terima ciksu. tp tak tahu sape yang punya sebab ciksue pun tak tulis yang tu dari cheksue kat atas kertas tu. Hehe. Maaf ye ciksue. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lauk raya cina? Tak pernah dibuat orang HJ weh..

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]