Thursday, February 5, 2015

DIY : Beg Mini Serbaguna

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Eceli, ini projek awal tahun aritu. Sesi sekolah kan bukak klambat, jadik dalam dok sesaje tu mula la otak dok fikir nak perabih masa lapang. Kebetulan memang dah lama nak kongsi cara2 buat beg serbaguna ni. Saya rasa kaedah menjahit ni dah belajar zaman sekolah dulu. Cuma dulu jahit pakai tangan, sekarang up sikit pakai mesin. Sejujurnya saya sangat suka menjahit beg macam ni, macam2 yang kita boleh isi di dalamnya....bubuh segala mak nenek barang2 kecantikan orang perempuan. Katanya.... Kalau kata nak bubuh kelengkapan makan sireh pun boleh.... *_*

Jom tengok macam mana nak jahit beg ni. Percayalah, memang simple dan sekejap saja nak membuatnya... Tapi harap maap ye sebab gambar amik pakai fon aje, kelabu sikit.


Bahan-bahan & Peralatan :
Kain perca / kain lebihan
Kain bergam (maaf tak tahu nama - sebelah je ada gam, bila setarika pada kain dia akan melekat.)
Zip
Peralatan menjahit (manual / mesin)
Pembaris sesiku L


Langkah demi langkah :

1. Setarika kain bergam dengan kain lebihan

 
 
2. Ukur mengikut saiz dikehendak. Yang saya buat ni ukurannya 8.5 inci x 8.5 inci. Kalau nak buat lebih panjang atau lebih besar boleh juga berdasarkan penggunaan zip yang pelbagai saiz. Kalau zip panjang boleh la buat lebar sikit. Cuma kena pastikan ukuran tu tepat kalau tak beg jadi senget nanti. *Sebab tu guna pembaris sesiku L


3. Gunting mengikut ukuran yang telah ditanda


Gambar lebih kurang bahagian yang telah ditanda.

Bila dah potong inilah rupanya. Jangan lupa potong juga bahagian tangkai / pemegang. Yang ni saya tak ukur cuma gunting sahaja segiempat sama. Saiz sederhana sebab kalau besar pun jadi tak cantik.
4. Layur bahagian tepi kain untuk mengelakkan ia berbulu. Kalau boleh jahit tepi lagi bagus. Kalau guna kain jenis licin (macam poliester) boleh la layurkan aje. Kalau kain cottan payah sikitla sebab kain tu hangus. Jadi langkah ni tengok jugaklah kain apa yang digunakan. Macam kain saya guna ni cotton poliester.


5. Cantumkan kedua2 bahagian dengan zip. Boleh lekatkan dengan jarum peniti dulu sebelum dijahit mesin. Pastikan kedua2 bahagian tu di cantumkan sama rata, maksudnya sama paras.


6. Terbalikkan bahagian yang telah siap dijahit zip. Ini untuk mencantumkan kedua2 bahagian beg. Anak panah yang saya tandakan adalah kaedah untuk menjahit dan pada masa yang sama mematikan jahitan di bahagian atas (dekat zip). Mulakan jahitan pada bahagian bawah gambar tu. Masa nak jahit ni pastikan zip tidak dizip sehingga habis sebab nanti susah nak bukak.


7. Jahit bahagian tapak beg. Caranya dengan menemukan (jahitan) bahagian bawah dan tepi bag untuk kiri dan kanan. Ukur dalam 1 inci dan jahit lurus. Boleh nampak dalam gambar no 2 (yang dah siap jahit).


8. Bila dah siap jahit, terbalikkan dan kemaskan bahagian yang dijahit. Dah pun siap.


Tadaaaaa...

Antara beg yang dah saya jahit. Jangan marah haaaaa..... LV you! Ada saya masukkan benda2 mekap (yang biasa2 aje...) dan kain sembahyang. Satu kelebihan beg buat sendiri ni adalah ianya ringan dan pastinya tak memerlukan kos. Rasa pun lebih puas hati.

Kalau tinggi beg ni dikurangkan sikit boleh juga dijadikan bekas pensil. Kalau nak guna yang macam ni pun tak ada masalah.


Jadi kengkawan, semoga n3 ni dapat membantu. Kalau ada masa jangan lupa cuba ya...


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

15 comments:

  1. Replies
    1. Rajin tak rajin jugak cik nadrah.... dah tak ada kojer kan...

      Delete
  2. Cantik dan sangat kreatif la cheq sue..bleh buat jadi hadiah tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau ada kerajinan boleh buat hadiah GA pulak Wana... Cadangan menarik tu..

      Delete
  3. Replies
    1. Tak jadi buat tudung...kita buat beg pulak

      Delete
  4. ooooo senang jgk yek, tp kan sebab dana takde mesin jahit jd mcm susah je heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak ada mesin jahit kena bertabah la sikit nak jahit manual kan Dana....

      Delete
  5. Replies
    1. Bukan pen dengan pensel je sis.... mcm2 boleh sumbat

      Delete
  6. ya allah...rajinnya awk..dlu selalu tengok mak buatkan bekas pensil & bag kafa..rasa mcm kagum giler sebab orang lain xde bag jahit sndiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macam mana CV saya ni memang suka menjahit

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]