Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Saya sebenarnya tak pernah tahu.. dan tak pernah jumpa kiosk halal (kafe Ramly) ni. Inilah pertama kali saya nampak, berdekatan dengan Hotel Empress Sepang semasa saya bermesyuarat di sana baru2 ini. Sadis kan... orang lain dah jemu agaknya makan di sini saya pulak baru saja tahu.
Cafe berkonsepkan makanan segera ni bukan sahaja menyajikan makanan siap tetapi turut menjual bahan2 mentah sepertu nugget, kepingan ayam dan daging serta bebola. Sos dan pencicah pun ada dijual di sini.
Keadaan di dalam kafe yang agak selesa walaupun tak berapa luas. Ada meja di dalam dan juga di luar.
Antara barangan yang dijual. Kalau tak memikirkan saya ke sana naik bas, boleh jugak beli sos dan bahan2 kering yang ada. Ni kalau beli bertabahlah ak angkut dengan beg entah apa tu... Jadi mampu pandang sajalah.
Kaunter order. Kalau nak dibandingkan dengan restoran segera yang lain, memang ada sedikit kelemahan. Contohnya bila dah oder dan buat pembayaran, kita akan diberi kad nombor, bila siap order nombor tu akan dipanggil. Masalah la sikit bila pembeli duduk kat luar. Mungkin boleh dibaiki next time.
Selain dari burger, ada juga dijual chicken chop, fish n chip serta ayam goreng. Kami masuk kat sini riang ria saja sebab pertama kali cuba. Dua orang kawan yang lain pun rupa2nya seperti saya juga tak pernah jumpa kiosk ni.
Inilah yang diorder walaupun perut kenyang tetap nak rasa. Harganya dalam RM 11 lebih kot. Rasa pun boleh tahan...
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
menariknya..kalau ada kat sini, wana pun nak pegi..
ReplyDeleteMungkin kiosk camni masih belum banyak lagi kot Wana... sesetengah tempat je yang ada. Bila dah banyak nanti boleh la jadi alternatif pada restoran sedia ada
Deletenmpak sodap fish n chip ituw kak.. dana pun tak penah men terai tp biasalah beli brg ramly, paling best daging buger dia lah
ReplyDeleteHAri tu dah terover kenyang lak nak try burger... tu yang ambil F&C... next time pulak kalau gi Sepang
Deleteteringin nk merasa
ReplyDeleteSaya tak pasti pulak kat mana lagi ada cafe ni...
Delete