Tuesday, February 17, 2015

Kangkung Goreng Belacan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Menu sepanjang zaman yang tak pernah jemu dibuat. Dari zaman mengaji uni sampai sekarang dah mengajar, kangkung goreng belacan, atau menu sayur kangkung yang digoreng bagaimana cara sekalipun tetap menjadi pojaan. Orang kata sayur kangkung tak elok untuk kesihatan, tapi saya ni memang dok carta nombor 1 kalau kangkung. Kalau beli seikat tu memang dua kali masak la jugak baru habis.


Saya percaya setiap orang ada cara dan resepi masing2 untuk memasak kangkung goreng belacan. Dan ianya akan berbeza mengikut citarasa masing2. Kalau saya memang selalu buat yang paling simple... yang campak2...yang tak ambil masa lama. Dan macam biasa jugaklah resepi saya tak ada sukatan khusus, hanya ambil agak2 mencukupi...


Kali ni kebetulan ada cendawan tiram kat rumah, jadi saya masukkan sekali. Kalau ikutkan tak berapa 'masuk' cendawan bila goreng belacan ni. Tapi tak ngapalah, kita yang buat dia. Asal boleh makan sudah...


KANGKUNG GORENG BELACAN
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Kangkung secukupnya - potong dan bersihkan
Cendawan tiram - siat (kalau ada)
Bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan, ikan bilis - tumbuk kasar
Kicap, sos tiram, sos ikan, gula - secukupnya

Cara-cara :
Tumiskan bahan tumbuk hingga garing
Masukkan kangkung dancendawan
Tambah kicap, sos tiram, sos ikan dan gula secukupnya. Garam tak perlu sebab dah ada dalam belacan, kicap, sos dan ikan bilis
Agak2 dah masak boleh la angkat


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

6 comments:

  1. amboih siap boh cendawan lg... dana pun suke kangkong kak... suke sgt terutama batang dia, tak dpt daun pun takpe hehehhe... sbb rangup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh geng la kita Dana... batang kangkung tu kalo masak lama pun masih rangup lg

      Delete
  2. Salam cheq sue.. haaa.. yg nii mmg xkan tun buat.. cari nahas kalau mkn kangkung.. sebuu sampai atas kepala.. huhuhu... tun pernah gatal cuit2 makan, mmg xsampai sejam berkampung dlm toilet, muntah mcm morning sickness..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke tun... mungkin org2 xleh mkn sbb angin tp cheq sue belasah je.. mujur ok

      Delete
  3. wah..memang sedap makan ni kan cheq sue..wana pun suka makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni memang feberet Wana... pantang ada mesti buat

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]