Thursday, February 26, 2015

Kerabu Meggi Siam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dok ingat2 balik, memang dah lupa bila saya buat kerabu meggi ni. Special request meggi Siam dengan Cheq Da, saya terus buat pada malamnya. Sebelum ni memang tak pernah nampak orang jual, dan memang tak pernah makan. Teringin jugak nak rasa walaupun katanya meggi ni pedas berapi. Kita ejas la ikut mana yang kita selesa kan. Dah kita yang buat dia...



Saya buat kerabu ni ikut gaya saya, apa yang ada di dapur dan apa yang saya mahu. Nampak tak berapa meriah sebab bahan tak ada. Namun dari segi rasa kira oklah cuma bahagian meggi tu agaknya tercelur lebih masa jadi agak lembik sikit.



Lenkali nak cuba buat lagi, mungkin kena ejas sesikit untuk dapat rasa yang kick. TQ Cheq Da sponsor meggi tu...


KERABU MEGGI SIAM
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
2 bungkus meggi Siam
1 paket perencah meggi
10 ekor udang - buang kulit dan bersihkan
Kacang buncis - hiris nipis serong
1 biji tomato
1/2 biji bawang besar - mayang
Daun sup - hiris kasar
Sebiji limau kasturi (boleh ganti dengan limau nipis) - ambil jusnya
Gula dan garam - jika perlu

Cara membuatnya :
Panaskan air dan rebus meggi, kemudian masukkan udang - masak seketika sehingga udang masak dan meggi jadi lembut. Kemudian masukkan kacang buncis dan celur sekejap. Toskan air
Masukkan ke dalam bekas yang sesuai, campurkan dengan bawang besar, tomato, daun sup dan jus limau
Kemudian masukkan perencah meggi dan gaul rata
Perasakan masin dan manis secukupnya.


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

10 comments:

  1. alaaaaa... nk jugak, sodap nyer nengok kak oi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat nak tolong la tu Dana...sebab akak pun x ada stok dah...

      Delete
  2. OOooo.. ada ye megi siam.. xperasan pulak selama nih..

    ReplyDelete
  3. yeay..cheq sue pun dah berjaya buat kerabu maggi siam ni..walaupun kurang bahan tapi rasanya sedap kan..wana pun dapat merasa bila cheq da kirimkan beberapa bungkus maggi siam ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeles dengan Wana la cheq sue terus mintak dengan cheq da.... he he he

      Delete
  4. Thank you ....info tentang kuala sepetang memang berguna untuk ke sana...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]