Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Cheesecake...siapa yang tidak suka? Meskipun tergolong dalam jenis makanan berprofil tinggi, yang bakal menambahkan tempekan lemak di badan, tetapi siapa peduli kerana rasanya yang tersendiri membuatkan kita terlupa seketika istilah makanan yang menggemukkan. Lagi pula apa dikisah... bukannya nak makan setiap hari, sebulan sekali pun belum tentu jumpa dengan cheesecake ni kan...
Alkisahnya cream cheese saya ni beli di Terengganu hujung tahun lepas, kemudian bawa balik ke Kelantan. Balik dari Korea tu ingat nak buat makan2 dengan budak2 tapi Adam pulak bersunat. Macam kesian la kan kita dok melantak dia nengok aje. Jadi bawa semula ke CH awal tahun haritu. Dah sampai sini kena la fikir nak buat apa untuk melantak seorang diri...
Bila ada cream cheese ni, memang tak boleh dipisahkan dengan cheesecake. Saya pulak beli CC yang besar, separuh dah buat cheesekut, jadi tinggal lagi separuh dok keluar peti sejuk. Dok plan nak buat cheesecake, tapi nak buat versi cuppies. Bukan apa, senang sikit nak makan pastu nampak la lain sikit kan....
Satu adunan yang dibuat tu dapat banyak jugak, dalam 3 kali bakar, dapat 18 bijik. Makanya hari2 makan cheesecake... Ha ha ha... Tengok sajalah kejadian cheesecake saya. Agak kurang sempurna sebab bahagian base tu saya tak bakar terlebih dulu, hanya letak sekejap dalam peti sejuk. Tapi takpe, ketidaksempurnaan itu tidak menjadi hal kerana semuanya boleh di makan. Di atasnya pulak saya sapukan dengan filling blueberry, barulah jadi kek yang real macam kek sebijik tu.
Korang kalau ada masa kang sila la cuba... baru boleh tahu
Oreo Cheese Cup Cake >> Kak Zana >> Citarasawan
Sumber : Hasue
Sumber : Hasue
Bahan-bahan
250gm cream cheese
30gm mentega
100gm gula castor
2 biji telur
1 sudu kecil essen vanila
1 paket oreo saiz besar
cupliner secukupnya
1 sudu makan tepung gandum
** Saya tambah
Base :
100 g biskut merry
30 g butter
- hancurkan bersama guna food processor
Cara-cara:
Panaskan oven terlebih dahulu dgn suhu 180 darjah. Susun cupliner dekat loyang cupcake. (utk ingatan saya... suhu 160C utk oven sy).. bakar kali pertama dgn suhu 180'C) cheese cake ni menjadi agak kering n kekuningan )..
1. Pukul Cream cheese, mentega, dan gula castor sehingga kembang dan berkrim.
Masukkan essen vanila. sambil pukul.
2. Masukkan telur satu persatu.Sambil terus pukul sehingga adunan lincin dan tidak berketul.
3. Ambil sekeping biskut oreo..letak di bahagian bawah cupliner, kemudian patahkan beberapa keping oreo dan semat di setiap penjuru, Cb letak di 4 bahagian.
4. Paipkan adunan cheese menggunakan piping beg..kemudian.,tepek lagi sekali oreo di bahagian atas.
5. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180 darjah (saya turunkn ke 160 C)menggunakan api atas dan bawah. Kemudian, renggangkan pintu oven lebih kurang 1 jam(biar kek dlm oven jap). kemudian masukkan dalam peti ais. sejukkan selama 1 jam dan sedia dimakan

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
sedap ye..teringat dulu time sekolah,habis je waktu sekolah mesti g bakery untuk beli .hihi
ReplyDeleteKita pulak zaman dah tua2 ni baru kena cheesecake bagai...
Delete