Thursday, April 14, 2016

DIY : Pemegang Periuk

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Projek DIY pemegang periuk ni terbuat selepas ada belen kain cotton canvas yang saya buat sarung bean bag. Kebetulan pulak span keping memang ada. Dari tak buat apa2 terfikir nak buat pemegang ni. Kalau beli dah 3 4 ringgit agaknya sekarang. 

Bahan2 digunakan :
1. Kain - saya guna cotton canvas yang agak tebal
2. Span keping
3. Renda 

Jom kita tengok cara2 nak jahit. Kot dengan gambar ni dapat kefahaman lebih sikit deh...

Patutnya sebelum gambar pertama ni ada satu gambar lain lagi tapi saya lupa nak snap. Dari pengalaman saya 'berurusan'dengan span keping ni, agak susah nak fitkan ukuran span dengan kain. Sebelum ni saya pernah jahit span dan kain yang sama saiz, tapi bila siap ukuran dia jadi lari. Jadi kali ni saya lebihkan sikit spannya dan samakan kain di bahagian atas dan bawah. Kena pandai agak2 la ya. Mungkin ada cara yang lebih senang dari ni, boleh la dikongsikan kot2 ada yang tahu. Jahitan kain pada span dalam gambar tu suka hati la nak buat corak apa. Saya tu sengaja buat petak2...







Bila dah siap, barulah potong span yang berlebihan tadi. Kalau terpotong kain pun tak apa sebab kita nak samakan kain atas dan bawah.



Inilah hasilnya bila dah siap trim keliling.



Kemudian jahit tepi keliling kain tadi.



Ini pula kain yang tekah siap dijahit tepi. Dengan lebihan kain cotton canvas saya tu dapat 8 biji pemegang.


Untuk membuat tangkainya saya hanya menggunakan bias tape dan dicantukan agar jadi kecil sikit. Kalau nak guna riben pun buleh. Ukuran ni main agak2 aje.



 Dah siap bias tape, jahitkan pulak di  mana2 bucu kain yang kita dah jahit tepi tadi.



Pastu jahit pulak renda. Ni kekdah jahit orang malas tau. Saya lipat terus renda tu dan tindihkan saja di atasnya. Dekat bahagian buacu tu saya lipat sikit supaya senang nak bentuk.



Tadaaaa...

Dah pun siap. Tapi ada satu lagi yang tak cukup renda. Dari sehari ke sehari dok nak beli, tak sampai hajat lagi nampaknya.

Mmmmm... camana? Agak2 boleh buat tak?



 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]