Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Selesai urusan
di Putrajaya, Zubir menelefon Nabila. Hajatnya untuk makan bersama. Sudah
seminggu dia tidak berhubungan dengan gadis itu. Masing-masing sibuk. Ada
sedikit rasa rindu dijiwanya.
‘Hai
Nabila. Apa khabar?’ Ceria suaranya menyapa.
‘Eh Zubir.
Lama tak dengar berita.’ Nabila agak terkejut dengan panggilan yang
diterimanya.
‘Memang la
Nabila. Sehari dua ni sibuk sikit. Awak free tak hari ni?’
‘Hmmmm,
kenapa?’ Dahinya berkerut.
‘Jom saya
belanja lunch.’
‘Lunch?
Saya dah janji dengan Wari. Kalau awak tak kisah, come and join us.’
Allah,
manalah dia sanggup menjadi orang ketiga antara mereka. Nanti dia pulak yang
makan hati.
‘Kalau
macam tu, lain kali la. Saya taknak la kacau.’
‘Sorry ye
Zubir.’
Nafasnya
bagai terhenti. Nabila ternyata masih milik Wari!
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]