Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Setelah setahun tak merasa naik kapal terbang... cop pasport... jenjalan di negara orang, akhirnya tahun 2016 ni saya dapat la meneruskan kembali hobi yang satu ni dengan mengikuti percutian a.k.a trip ke Medan - Sumatera Utara (SUMUT) yang dianjurkan oleh rakan blogger Cik Zilla. Dulu dah nak ikut SUMUT 1.0 tapi tak kena dengan cuti, jadi bila tengok SUMUT 2.0 ni terus je saya decide nak ikut. Kiranya tahun ni memang tahun nak perabis duit ke jalan2 la katanya.
Saya nampak n3 open trip ni masa dok jaga SPM 2015, terus je riki2 maklumat. Masa tu nak gi tapi taknak gi. Bila masuk 2016, macam senyap aje... tapi saya tanya Zilla balik. Rupa2nya trip ni on, jadi saya terus je bank in deposit. Kalau ikutkan saya tak kenal pun Zilla, sekadar menyapa di blog saja, tapi saya serahkan saja pada Allah agar mempermudahkan segalanya. Ini merupakan kali pertama saya jalan sendirian, dan berjumpa dengan kawan2 yang lain di dalam trip tersebut.
Dari CH, saya ambil cuti pada 11 Mac sebab taknak kelam kabut. Tapi pada akhirnya saya duduk melepak sensorang di KLIA sementara nak menunggu berjumpa dengan rakan2 lain. Dengan flight delay, sebenarnya penerbangan dah masuk awal pagi 12 Mac. Maka nak menunggu fly ty sempat la saya merasa jadi gelandangan hampir 8 jam di KLIA. Hu hu hu...
Saya tukar duit di CH saja, agak mahal sebenarnya pada ketika itu yang
mana RP1j = RM324. Ada satu tempat lagi tu RP1j = RM318/319 tapi tak ada
stok pulak masa saya nak tukar. Jadi malas nak fikir saya tukar sajalah
mana yang ada. Cerita nak gi tukar duit ni pun satu hal... seronok bila
ingat semula.
Hmmmmm... kalau diikutkan banyak sangat pengalaman yang saya dapat dalam trip kali ni. Yang manis, yang pahit, yang suam2 seram sejuk semuanya ada. Tapi itulah katanya pengalaman yang mematangkan kehidupan.
Buat rakan2 satu trip SUMUT : Zilla, Anne, Echah, Hana, Syaza dan Dill, terima kasih kerana menerima saya dalam trip ini...
In Sha Allah saya akan cuba menghabiskan n3 SUMUT ni berdasarkan pengalaman semasa di sana. Kalau ada percanggahan maklumat ke harap maaf ya...
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
Assalamualaikum Cheq Sue....
ReplyDeleteHarap sihat walafiat. Lama tak jengok sini...terbaca SUMUT..ingatkan apa bendanya he he heee... teruskan bertraveloque :)
hopefully one day dpt ikut jugak trip camping zilla :)
ReplyDeletetak sabar nak baca pengalaman cikgu dan maaf ya cikgu utk kekurangan yang ada huhuhu..
ReplyDelete