Thursday, May 14, 2015

DIY : Pantiliner / Cloth Pad

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya dapat idea nak buat ni selepas join group GENG JAHIT di FB. Sebelum ni tak terfikir pun nak buat sendiri. Orang perempuan yang guna benda ni memang WAJIB buat sendiri tau sebab kita dapat jimat banyak, tambah2 pantiliner tu memang digunakan sehari-hari. Macam saya ni haaa, kalau ke MAIDIN atau TESCO memang berkotak2 saya borong. Bila dah dapat idea nak buat sendiri tu, saya mula Google tuto dan cari bahan2. Ni saya kongsikan step by step nak buat pantiliner dan jugak cloth pad.


Di dalam gambar ni ada cloth pad (tebal), cloth pad (nipis) dan pantiliner.





LANGKAH 1

Cari pola yang sesuai dengan Google "DIY cloth pad" ataupun "DIY pantiliner"
Cari dekat images pun boleh kemudian pilihlah mana yang berkenaan. Kalau tak jumpa dekat Google boleh search dekat Pinterest.
Saya dah tak ingat ambil dari laman web mana, cuma bila saya dah dapat pola tu, saya print dan bandingkan dengan panties serta pad yang saya guna (untuk mendapatkan bahan yang sesuai).


LANGKAH 2

Sediakan bahan-bahannya
Yang ni lupa nak snap gambar tapi antara bahan2 yang saya guna adalah kain cottan flennel, kain tuala, span 1/4" (tak tahu nama tapi ada dalam gambar di bawah) dan jugak alat2 menjahitlah.

Nota : lepas dah siap buat ni guna cottan flennel untuk panties, saya buat lagi guna kain sweater yang dah takmo pakai dengan baju-tshirt.


LANGKAH 3

Bila dah gunting pola, tekap pola di atas kain 2 helai kain yang telah diterbalikkan. Ada 2 bahagian yang perlu dibuat iaitu A (bahagian atas) dan B (bahagian bawah). Kemudian jahit keliling bahagian yang ditanda.


LANGKAH 4

Selesai jahit bahagian yang ditanda tu, guntingkan pula sekelilingnya dengan cermat, jangan sampai tergunting bahagian benang pulak. Hasilnya seperti dalam gambar di atas.


LANGKAH 5

Gunting bahagian tengah (satu lapis kain sahaja) secara memanjang bagi kedua2 bahagian. Ini bertujuan untuk menterbalikkan bahagian A dan B ke bahagian atas kain.


Hasil kejadiannya selepas diterbalikkan. Barulah nampak lawa....


LANGKAH 6

Jahit bahagian keliling A dan B.  Untuk lebih real menyerupai panties, jahit keliling tengah bahagian A.
Rujuk 3 anak panah di dalam gambar.


LANGKAH 7

Seterusnya kita akan mencantumkan bahagian A dan B untuk membentuk panties. Kalau takut bahagian ni terlari boleh pinkan dahulu dengan jarum.


LANGKAH 8

Bila sudah siap, boleh pasangkan butang pada bahagian B (bulatan ungu) untuk memudahkan kita letak pada seluar dalam nanti. Saya hanya guna butang katup sahaja. Kalau ada alat tu boleh jugak guna. Saya ada jugak alat tu tapi tak gagah nak lekatkan dekat sini.

Bila dah selesai pasang butang, siap dah la panties korang. Yag sukanya homemade panties ni boleh dibasuh dan digunakan semula. Musim2 harga barang naik ni kena la berjimat cermat.


Nota tambahan :

Selain membuat panties, kaedah yang sama jugak digunakan untuk membuat cloth pad cuma penggunaan bahan lain sedikit. Untuk mengelakkan dari kebocoran, bahagian B ditambahkan dengan kain plastik yang mana saya menggunakan kain apron (plastik nipis). 

Di bahagian A pula saya menambahkan tuala dan span 1/4" untuk menyerap cecair. Susunannya adalah kain-kain-span-tuala. Bila diterbalikkan nanti akan dapat kedua2 belah kain. 
*** Bukan apa, untuk yang pertama kali buat tu saya silap susun, bila diterbalik jadi bahagian tuala di atas.

Untuk langkah2 cantuman, sama jugak seperti membuat panties, cuma cloth pad ni agak tebal sikit lah.

Satu jenis lagi saya buat untuk aliran ringan, iaitu dengan menambah tuala sahaja.

Korang nanti kalau ada masa boleh la cuba buat untuk kegunaan sendiri. Kalau beli yang dah siap harganya boleh tahan jugak. Kalau rasa nak berjimat inilah masanya....

Selamat mencuba!!


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

6 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]