Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Saya sebenarnya tersangatlah suka dengan sambal hitam Pahang yang dibuat menggunakan belimbing buluh dan ikan bilis. Kebetulan pula di rumah makcik ada sebatang pokok belimbing buluh yang sentiasa berbuah lebat. Sesekali balik kampung, kalau ada buah memang sayalah tukang mengutipnya. Sayang sangat kalau dibiarkan luruh dan membazir begitu aja. Kalau sesiapa yang pernah merebus belimbing buluh ni memang akan tahu betapa 'ahzabnya' sebelum ia kering. Tapi sebelum tu sukacita saya nyatakan yang cara2 merebus ni hanya berdasarkan pengalaman cetek saya, mungkin berlainan dari cara merebus yang ori dari Pahang.
Inilah belimbing buluh yang saya kutip, memang banyak sangat sampai kena rebus dua kali. Mungkin yang ni jenis lain sikit sebab warnanya agak kuning pucat. Ianya dibersihkan terlebih dan ditoskan airnya.
Selain belimbing buluh, bahan lain yag digunakan adalah garam halus.
Oleh kerana pada ketika itu saya berada di kampung, maka saya merebusnya menggunakan dapur kayu. Kalau bawa balik ke CH guna aje dapur gas. Guna dapur kayu ni kena pandai2 ejas apinya, jangan terlalu besar sebab nanti belimbingnya hangit pulak. Ohh ya kita rebus ni tak masukkan air ya... nanti air belimbing tu akan keluar dan memasakkan belimbing di dalamnya.
Saya rebus sekejap aje, agak2 belimbing dah mula layu saya masukkan garam. Kuantitinya agak2 aje sebab saya pun tak tahu berapa nisbah yang sebenar. Untuk belimbing lebih kurang dalam gambar tu saya masukkan 5 sudu makan penuh garam. Tujuan dimasukkan garam tu adalah untuk mengurangkan masam belimbing. Sesekali kita kacau la belimbing ni supaya ianya rata bersalut garam.
Sekejap saja air belimbing dah keluar. Nampak tak kat dalam gambar tu.
Bila dah lama2 lagi banyak air yang keluar. Sampai penuh satu periuk. Ini hanya semata2 air belimbing aje tau... langsung saya tak masukkan air. Lagi banyak kita letak garam lagi banyak air yang keluar.
Ini dah lebih kurang siap. Cuma saya pelik kenapa belimbingnya tak hitam seperti yang pernah saya beli di Kuala Lipis. Walaupun nampak sedikit berair, saya masukkan dalam penapis sebelum dimasukkan ke dalam bekas. Masa nak buat sambal tu kita bilas la sedikit dengan air untuk membuang sisa air garam. Kalau belimbing ni disimpan di dalam peti sejuk memang tahan lama.
Nak tahu berapa lama saya rebus semua belimbing dalam gambar atas tu? Dari pukul 12.30 tengah hari hingga 5 petang. Ya... tak tipu. Memang lama. Pendek kata kalau guna gas memang habis separuh tong. Apa boleh buat... nanri2 kalau nak makan sambal hitam, stok dah ada...
Korang kalau ada belimbing buluh boleh la rebus jugak buat stok. Time sahur nanti memang mavelesssss sesangat la....
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
dana penah rebus belimbing buluh nih kak tp dana bt sikit jelah dlm dua genggam gitu lah... n msk guna gas sbb kt kl mana lah ada dpr kayu api gitu... dlm 3jam jgk lah dana msk... tp mmg warna nyer jd gelap2 gitu... pastu sekali tu jelah bt sambal itam mmg tak rajin la nk buat... mmg sedap lah sambal tuh ptt lah mahal kan harganya nk bt tu leceh
ReplyDeletePatutlah mahal harga Sambal Hitam Pahang ni che sue, bersusah payah merebusnya.. bila buat sendiri baru tahukan..
ReplyDeletehuwaaaa...sedapnyaaa...
ReplyDeletecikgu rebus kejap sgt tu..patut smpai kering airnya..asam tu akn disejat lelama mnjadi hitamm..cm saya rebus guna slow cooker amik msak 2hari rebusan..if nak betul betul hitam agk kering bawah sinaran matahari..
ReplyDeleteGuna piuk.noxxa jer. 20 minit siap..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAnyway tq utk resepibtu. Ni saya baru nk.cuba. Mmng bnyak btul.kuar airnya bila.letak.garam.. Tq sis..
ReplyDeleteAnyway tq utk resepibtu. Ni saya baru nk.cuba. Mmng bnyak btul.kuar airnya bila.letak.garam.. Tq sis..
ReplyDelete