PAGES

Saturday, December 3, 2011

Black Beauty Chocolate Cake


 
 
 Semalam cheq sue buat kek coklat, sebab terasa nak makan selain nak cuba satu lagi resepi yang senang lenang. Buat kek coklat ni memang untung, mudah aje tapi makan memang puas. Memang banyak resepi kek coklat...cara pun macam2. Bila kita dah buat beberapa resepi ni bolehlah kita buat perbandingan. 

Pada cheq sue, kek coklat ni just nice. Memang sedap rasanya cuma yang cheq sue buat kelihatan agak padat, ada la tu salah bancuh kat mana-mana. Satu adunan ni dapat banyak jugak. Memang jenuh la nak habiskan. Separuh dah bagi orang keje kebun belakang ni. Tu dok ada lagi separuh.





Cuma tang toppingnya tu ada silap haribulan la sikit. Kebetulan serbuk koko dah habis, cheq sue gantikan dengan serbuk milo. Mmmmm jalan ajelah mana yang kita boleh pakai. Rasanya not too bad, cuma agak cair la sikit walaupun dah disimpan dalam peti. Tapi apapun, 8 bintang untuk resepi ni. Jangan segan2 nak cuba okeh.... Terima kasih pada penyumbang resepi ni... Wassalam...

BLACK BEAUTY CHOCOLATE CAKE
Resepi : Maklang Azie
Sumber : Kak Yatie


Bahan A
2 cwn tepung gandum/superfine
¾ cwn serbuk koko
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil b.powder

Bahan B
2 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn myk masak @ butter dicairkan (saya guna minyak masak)
1 cwn air panas suam
1 sudu besar coklat emulco x masukkan, xde stok
3 biji telur

Cara-Cara
Ayak Bhn A, ketepikan
Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
Masukkan Bhn A ke dlm bahan B dan gaul rata
Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah atau sehingga masak.
Guna loyang 8x8

TOPPING MUDAH YANG SEDAP
1/2 cwn serbuk koko saya ganti dengan milo
1 cwn gula guna 3/4 cawan
2 1/2 cwn air (saya guna susu cair)
1/2 cwn tpg jagung
2 sudu besar majerin/ butter

Cara- Cara
Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila dah siap, sejukkan sebentar dan sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2.

6 comments:

  1. Cheq sue,..kalau dah 8 bintang..sedap dah tu..
    acik pun kalau buat mesti failed tang topping..

    ReplyDelete
  2. c,sue,mlm ni klu rajin sy nk wt kek coklat gak tp kukus la,klu xrajin berkubur je la niat dihati ni.he3

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Cheq Sue,
    waduh terliurlah tngk topping coklat yg meleleh tu...mmng senang buat kek ni kan..sedap plk tu..

    ReplyDelete
  4. cheq sue..kalau tak abis yg separuh lg ty meh la hantar ke TM..kami rela habis kan hahahah..resepi yg ni mieza belim lagi cuba..dok nak mencuba salted caramel brownie pun tk menjadi lagi..kek cekelat mmg pilihan hubby mieza sepanjang masa..topping tu nampak sedap je cheq sue..

    ReplyDelete
  5. wooooo....kalau dah 8 bintang punya kek, mesti hilang anak mata warna hitam bila menelannya.....mmmmm..yummy!

    kreatifnya, buat topping guna milo...sedap aje tu,lebih sedap kot dari cekelat.

    ReplyDelete
  6. Salam CheqSu, lama tak sempat nak singgah sini.dah macam2 resepi/menu tertinggal
    bak seketul kek coklat tu..tak pun baling je luar skrin!:)bebaik tau takut pecah lak skrin nanti

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]