PAGES

Sunday, December 25, 2011

Kasih Zakiah Ep. 14

"Aabangg...mmaaaffkannn ssaya bbang... ssaya.. ssaya tak dddaaapat mem..membahagiakan abang.." Mastura berkata kepada Azmi dengan linangan air mata.
"Mas...mengucap Mas...Mengucap... Abang redha segala-galanya Mas.. Abang halalkan sega-galanya."Dalam sebak, Azmi mengucapkan kata syahadah di telinga isterinya.
"Yah... Yyyah jagalah Ajj...Ajmal dan abang Azmi bbbagi pihak akak...akak tak da..dapaaat bertahannn lagi Yah..."
"Kak...mengucap kak...mengucap...jangan cakap macam tu kak.." Zakiah yang berada di sisi sama memberi kekuatan kepada Mastura yang kelihatan semakin lemah dan nafasnya tersekat-sekat.
"Aaa...Ajj..Ajmaaaallll.... Mmmaaafff mmmama tak ddapat mmemmberii kasih ssaayang untuk Ajjmaalll... Ajmaallll..."
Ajmal diletakkan berdekatan Kak Mastura yang kelihatan semakin tenat.
Zakiah menunjukkan bahasa isyarat pada Ajmal agar memeluk dan mencium mamanya...
"Mmmaaaa maaaa.....mmaaa maaa..." Alangkah ajaibnya apabila mendengar perkataan itu keluar dari bibir Ajmal yang selama ini terkunci.
Ajmal memeluk mamamya yang semakin lemah. Dengan nafas yang semakin perlahan...dan tangan semakin terkulai di badan Ajmal, Mastura akhirnya menamatkan penderitaannya di hadapan insan-insan yang menyayanginya...

Azmi meletakkan Mastura pada kedudukan sepatutnya. Mak Mun menghulurkan kain batik lepas kepadanya untuk menutup tubuh arwah isteri yang telah lima tahun berkongsi kasih dengannya. Dan sebelum kain itu menutup seluruh tubuhnya, dia mengucup penuh kasih dahi arwah isterinya, tanda kasih yang tidak akan pudar dan akan bersemi selamanya. Begitu juga dengan Zakiah, yang sudah pun menganggap Mastura seperti kakaknya sendiri. Hampir setengah tahun dia menjaga Mastura, memandi, menyuapkan makanan, malah mencuci najisnya membuatkan dia begitu dekat dengan arwah madunya...

Ajmal, dalam pelukannya dileraikan seketika bagi membolehkan anak itu bersama arwah mamanya buat kali penghabisan. Walaupun tiada bunyi tangisan atau raungan, dia faham akan kesedihan Ajmal yang jelas terpancar dari raut wajahnya.

Ajmal kembali dipeluknya...dengan penuh kasih sayang dia mencium pipi kiri dan kanannya... Segera dia mengisyaratkan kepada Ajmal bahawa mamanya telah pergi menemui Tuhannya. Ajmal meronta-ronta... dan berulang kali menyebut mama....mama nya...

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]