Apa yang hangat di dapur korang petang2 ni? Kat kampung sekarang ni tengah mendung, berangin sejuk aje. Memang sedap kalau dapat pekena teh O panas dengan cokodok. Tapi, bukan nak cakap la ye, dk kampung ni asik2 makan aje manjang. Tambah2 dengan kanak2 ribena yang sentiasa aje lapar mulutnya.
Petang ni nak share resepi yang dah cheq sue buat Rabu lepas, memang dah selamat habis dah ni ye, jangan la nak mintak2, kalau nak resepi tu boleh la kita kongsi-kongsi. Moist roasted chicken ni cheq sue dapat dari e-book Ros Jintan Manis. Memang banyak resepi ayam bakar yang cheq sue berkenan. (*_*). Cuma bila nak buat tu kena la tunggu masa yang sesuai dan bilangan nak makan tu ramai, baru la seronok sikit.
Ayam ni memang sedap kalau dimakan dengan gravynya atau mashed potato, tapi cheq sue ni buat simple2 aje just makan dengan nasi putih dan kentang goreng. Cara nak buat pun senang, kalau diperap lebih lama lagi mesra la rempah2 tu dengan isi ayam. Cheq sue perap tu semalaman, memang masyuk lah. Kalau yang nak ubah selera makan ala2 western tu memang seswai sangat la resepi ni. Gerenti berbaloi.... Wassalam...
Bahan-bahannye
1 ekor ayam ( ros guna ayam 700gram) cheq sue guna 2 keping paha
2 sudu besar minyak zaitun
2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar
2 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit marjerin@mentega
Cara-caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, jus lemon, sos tiram, serbuk kunyit, madu dan lada hitam.
2. Kemudian cucuk-cucukkan ayam tadi dengan garpu dan lumurkan bahan perapan tadi pada keseluruhan ayam, perap ayam selama lebih kurang 3 jam atau lebih. Lagi lama diperap lagi sedap.
3. Selepas diperap, panaskan oven 190 atau 200 darjah, dan bakar ayam selama satu jam, setelah 30 minit di bakar, keluarkan ayam dan sapukan ayam dengan marjerin dan lebihan minyak yang terdapat pada dulang pembakar, kemudian teruskan proses pembakaran.
4. Pastikan ke dua-dua permukaan ayam perang sekata, balik-balikan ayam dan bakar ayam sehingga garing dan masak.
5. Setelah siap dibakar, potong ayam pada dua bahagian dan hidangkan bersama kentang putar, coslaw dan macaroni cheese. Selamat Mencuba.
cheq sue..terliurrr...mcm kenny rogers dah rupe dia..beshnyer makan musim ujan ni cheq sue..ada lg tak? mieza nak kenen sepeha boleh..mieza nak tapau je sebab tak nak kasi cheq sue susah2 basuh pinggan hehehe
Assalam Cheq Sue,
ReplyDeletekalau dah hidang ayam begini, ratah ajelah...lupa dah nasi. sedapnya!
sedapnya...kalau nak makan nie kena buat sendiri lah..resepi nampak sedap
ReplyDeleteSedap tu.Tak payah le nak gi kenny rogers lagi kan cheq su
ReplyDeletecheq sue..terliurrr...mcm kenny rogers dah rupe dia..beshnyer makan musim ujan ni cheq sue..ada lg tak? mieza nak kenen sepeha boleh..mieza nak tapau je sebab tak nak kasi cheq sue susah2 basuh pinggan hehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum cheq sue...
ReplyDeletewah mengoda betul tgk ayam tu cheq sue... sedaaapnya tu kalau dapat merasa...