Sarapan apa pagi ni? Cheq sue dah selamat , kekenyangan dengan sepinggan nasi lemak, yang panas dari dapur. Sekarang tengah hujan kat kampung, sejuk aje. Perut pun mula la asyik berdondang sayang mintak di isi. Aduhhhhh tu yang lemah semangat bila dok kg, asyik2 pi ke dapur aje kejenye.
Kata ramalan cuaca, hari ini akan bermulanya hujan lebat + berterusan untuk pusingan kedua. Yang pertama baru2 ni, walaupun dah ada yang ke pusat pemindahan, tapi kata Mek hujan belum betul-betul. Wallahu'alam. Ini semua percaturan Tuan Punya Alam, kita hanya mampu menerima sahaja apa yang ditentukannya. Cuma cheq sue harap mana-mana yang ada anak kecik atau budak2 tu jangan lupa mengawasi mereka setiap masa... Walaupun malang tak berbau, tapi boleh dicegah... :)
Nasi lemak yang dibuat ni alhamdulillah elok aje jadinya. Nasinya peroi dan x terlembik atau terkeras. Cheq sue kalau bab2 nasi sebegini memang selalu fail, kalau tak masak mesti terlebih masak. Nasi ni cheq sue masak guna rice cooker dalam 2 pot beras (mek kata dalam secupak). Santannya pulak dari sebiji kelapa. Manakala untuk bahan2 lainnya cheq sue hanya masukkan bawang putih dan halia (ketuk), daun pandan dan garam. Kemudian masaklah nasi macam biasa. Sesetengah orang mungkin nak masukkan bunga cengkih, kulit kayu manis atau halba, itu bergantunglah pada citarasa masing2. Ada jugak yang suka masukkan ketumbar. Tapi bila dah buat kat kg ni biasanya ikut cara yang paling simple sebab kaum kerabat ni tak suka yang 'pelik-pelik'..... He he he... Dan seperti biasalah, nasi lemak ni digandingkan dengan sambal ikan bilis atau sambal2 lain yang menjadi kegemaran. Mmmmmm itu ajelah nak disembangkan pagi ni.... Jumpa nanti ya. Wassalam...
nasik lemaaak... akak nak ckiit.. hehehe... kebetulan hari nie akak teringin plak nak makan nasi lemak.. nampak lg kat dapur cheq sue nie... bertambah ler keinginan tu.. sedaaaaapnyaaa
sedapnye!! kita makan nasi goreng sayur je tadi dengan telur dadar
ReplyDelete@Cik Kamoo
ReplyDeletewahhh...di musim2 begini dapat nasi goreng pun sedap kan... "_"
sma cm sy..masak ayam 10 ekor pun ok je..tapi bab masak nasi..memang fail..lebih dari 5 pot..memang hancur nasik tu..hahahah
ReplyDeletenak nasi lemak dengan pinggan2nya sekali boleh? hihi
ReplyDeletepinggan lama ni...sukee
nasik lemaaak... akak nak ckiit.. hehehe... kebetulan hari nie akak teringin plak nak makan nasi lemak.. nampak lg kat dapur cheq sue nie... bertambah ler keinginan tu.. sedaaaaapnyaaa
ReplyDeletewaaa siap ada sosej lagi..cedap nye :)
ReplyDeletesalam cheq sue...kat kpg ujan yer...kat sini cuaca ok jer...
ReplyDeletedah lama xbuat nasi lemak, terliur la pulak....hahahhaha