PAGES

Wednesday, January 18, 2012

Akhirnya Aku Benar-Benar Jatuh Cinta...

 
 

Sesungguhnya memang dah jatuh cinta dengan tempoyak. Bila nengok ke Izah postkan n3 pasal sambal ikan bilis tempoyak, memang dah niat nak cuba. Dah kompom leh makan. Memang tergoda abes nengok sambal tu posing atas nasik. Semua bahan-bahan dah ada kat rumah. Tempoyak kiriman ibunda dah berapa lama terperap lam peti ais. Tapi balik tu banyak pulak urusan dunia yang nak diselesaikan. Ke Tanah Rata, pi worksyop cari bateri kereta. Sudahnya malam baru masak dan jadilah bekal pada hari ini.
 
Cuma, kalau tengok ke resepi tu, memang tak termakan lah. 25 biji cili padi? Adehhh...mintak ampun la ya tuan punya resepi, memang serender. Cheq sue takat 3 4 biji bolehlah. Tapi tengok2 kat rumah rupanya xde cili, hanya ada sebijik aje yang tertinggal. Yang lain dah rosak... Rasa macam kurang pulak bila xde rasa pedas2 sikit tu. Kalau cheq sue letak 3 ke 4 biji cili padi yang kurang pedas tu kira okeh la... Kebetulan jugak ada 4 biji petai, cheq sue leburkan aje sekali, tapi memang semerbak baunya... Memang macam racun beb! He he he.. Tapi xpelah, cuma sebab cheq sue guna ikan bilis yang agak kasar, maka ginilah ghopenyer. Memang nunggu masa aje nak makan neh... jangan ada yang berair mulut udah la ye... Wassalam...

 
IKAN BILIS GORENG CILI PADI TEMPOYAK
Resepi : Kak Anymz 
Sumber : Izah
 
Bahan2
2 genggam ikan bilis-goreng garing dan ketepikan
25 ulas cili padi*
1 labu kecil bawang besar*
1 ulas bawang putih*
bahan2 bertanda * di kisar kasar
1 1/2 senduk makan tempoyak
minyak untuk menggoreng

Cara
Kurangkan lebihan minyak goreng ikan bilis tadi menjadi lebih kurang 1 mangkuk kecil
Tumiskan bahan2 kisar sebentar dan masukkan tempoyak.
Gaul sebati dan masukkan ikan bilis goreng
Sedia untuk di hidangkan dan jika suka bolehlah di perah sedikit limau kasturi..
*nota izah: izah sengetkan kuali selepas memasaknya, tutup api, biarkan minyak turun. Biarkan 5 minit. Kemudian cedukkan minyak keluar. 
*Izah kurangkan cili padinya. Karang berdesing telinga kepedasan.

9 comments:

  1. Inilah pembuka selera yangn paling enak. Pergghhhh 2 pinggan nasi memang tak cukup

    ReplyDelete
  2. Salam pagi..

    Biar betul cheq su ni!!!

    ReplyDelete
  3. sedapnya...nak try lah nanti...insyallah...

    ReplyDelete
  4. sama la kita....
    sedappkan kak tempoyak masak gini....he3

    ReplyDelete
  5. Wah tadi nmpak kat umah kak mas,ct pon mmg igt nk wat juga,tapi stok cili padi tinggai cikt sgt,yg da cili padi yg kale merah jer,takut terlebih berdesing nnti,hehe..

    ReplyDelete
  6. xkenal maka xcinta yer cheq sue...sedap sebenarnya tempoyak ni tp hubby Liza pun xmkn jugak...ape daaa

    ReplyDelete
  7. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~ (td dh uwaa kt umah kak mas).. xde stok tempoyak!

    ReplyDelete
  8. Sana sini org dok tayang sambal2 tempoyak ni...telan2 air liur lagi...aduh! udah tak tahan lagi ni...bersila la kat sini ...akak nak join makanlah...Bismillahirrahmanirrahimmm....heeee :)

    ReplyDelete
  9. alahaaii!! kat cnie pun ada juga yer.. uwaaaa... akak tergoda lg tau... dah lama teringin nak makan tempoyak.. tp ntah kat mana nak cari.. tunggu p sjung ler nampaknya nie.. :D

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]