PAGES

Tuesday, January 17, 2012

Fry Pan Naan Bread


 
 
Rasa2 memang puas hati sangat bila dapat makan naan bread homemade nih. Kena pulak dengan gulai Kelantan, memang xleh nak berenti makan. Resepi ni cheq sue dapat dari e-book Ros Jintan Manis, dan memang ada link kat dalam blognya. Ini adalah juadah roti yang terakhir, memang gila-gila punya angin meroti. Dekat 2 kg dah habis tepung roti dalam bulan Januari ni. Balik nanti memang kena beli lagi la 2 3 kilo. 

Roti naan ni sebenarnya dibuat hari Ahad lepas, ada makan2 roti jala. Tapi cheq sue ni malas nak menjala, so cuba buat roti ni. Memang lembut aje walaupun dah sejuk. Saiznya pulak cheq sue buat kecik2 dapat dalam 14 biji. Kalau ikutkan Ros, dia buat saiz besar dalam 7 biji. Tapi mana-mana pun boleh. Pasni kalau kata teringin nak makan roti naan xyah dah pikir mana nak cari...tekan aje suis, campak2 bahan...dah boleh teruskan. 

Walaupun namanya fry pan, tapi cheq sue bakar kat dapo biasa je, atas ceper, tapi ditutup dengan penutup kaca supaya wap tak keluar. Kira halal la ya guna teknik camtu. Masa bakar pun kejap aje. Kalau lelama nanti roti tu akan jadi keras/liat katanya.  Jadi pada siapa yang nak cuba tu, atau nak lepaskan teringin, boleh la buat. Gerenti puas hati. Wassalam...





 
FRY PAN NAAN BREAD
Sumber resepi : Ros@ Jintanmanis
Bahan-bahannya
300 gram tepung roti
50gram tepung gandum
4 sudu besar plain yogurt
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak masak
190ml air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder

Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 7  bahagian, dan bulat-bulatkan kemudian ambil sedikit marjerin atau minyak masak, dan lumur pada doh tadi, tutup bekas adunan,  perap sekali lagi lebih kurang setengah jam.
5. Setelah di perap, ambil satu bahagian doh dan terap memanjang menggunakan penggelek roti, ketebalan agak-agak lah ye, lebih kurang 2cm, jangan tebal sangat, jangan nipis sangat. Ulang langkah tadi sehingga doh habis. ( masa ni pastikan papan canai dan penggelek di tabur dengan sedikit tepung bagi mengelakkan doh melekat). cheq sue x gunakan penggelek/pencanai pun, just penyek2kan dengan jari
6. Panaskan Fry pan, setelah fry pan betul-betul panas baru letakkan doh roti naan yang telah diterap tadi, renjiskan atau spray dengan sedikit air, dan tutup fry pan, setelah, nampak roti naan kembung sedikit di permukaaanya, terbalikkan roti naan dan tunggu sehinga kedua-dua belah roti naan tadi masak, masa yang di perlukan tak lama, lebih kurang 5-6 minit sahaja.
7. Setelah masak, sapukan roti naan tadi dengan butter atau marjein, sedap dimakan panas-panas bersama keeema daging, kuah kari atau ayam tandori, sedap juga dimakan begitu sahaja. Selamat Mencuba. Step ni termiss pulak, sebab dok kejar masa. Bila masak tu cheq sue just letak dalam tupperware tertutup.

Tips-tips membuat roti naan - rosmarlina @ jintanmanis.com
1. Pastikan anda menggunakan tepung roti yang berkualiti.
2. Sukat bahan dengan betul, dan doh roti naan ini agak lembik sedikit, tapi masih boleh dicanai dengan baik, pastikan papan canai dan penggelek roti di tabur dengan sedikit tepung apabila ingin membentuk roti naan ni nanti.
3. Proses perapan digandakan bagi memastikan bahan-bahan dalam doh lebih mesra.
4. Gunakan api sederhana apabila memasak roti naan ini nanti.
5. Jangan gliss fry pan dengan minyak masak, cukup hanya merenjiskan atau spray air didalam fry pan dan pastikan fry pan ditutup kemas apabila memasak roti naan. apabila nampak fry pan kering boleh direnjis lagi dengan sedikit air.
6. Setelah roti naan perang di kedua-dua permukaanya terus angkat, jangan over cook, nanti roti naan akan menjadi keras dan tidak lembut.
7. Jangan terap doh roti naan terlalu tebal, nanti lambat masak ataupun bahagian dalamnye kurang masak.
8. Gliss terus permukaan roti naan sejurus diangkat dari fry pan, supaya permukaan nye cantik berkilat dan tidak terlalu kering.
9. Simpan roti naan di dalam berkas bertutup bagi mengekalkan kelembutannya.
 

5 comments:

  1. sedap nan bread ni cicah ngan kari :)

    ReplyDelete
  2. roti naan mmg sedap cicak kari.. kalau dapat kari ikan lagii la sedapnyer.. tun xpernah buat sendiri lg, biasa beli yg instant, panaskn aje. hoho

    ReplyDelete
  3. Salam Cheq Sue,
    memang sedap betul klu roti naan celup2 ke kuah kari..ummm sedap..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]