PAGES

Friday, January 13, 2012

Blueberry Cotton Soft Japanese Cheese Cake




 
Salam Jumaat yang mulia, semoga hari ini memberikan sejahtera dan barkah kepada semua. Akhirnya setelah beberapa ketika, dapat menikmati keenakan cheese kek dengan terhasilnya BCSJCC. Resepi yang mantap, hasil yang terbaekk. Memang puas hati betul, rasa2 satu loyang ni xnak di share dengan sesape. Menyesal pulak rasanya x buat satu adunan, xleh la korang nak mintak2 ye.. Udah CC ada separuh aje, belen butter cheese cake 2 4 hari lepas.

Untuk resepi ni yang diskodeng dari MyResepi, baru 2 kali cheq sue buat. Yang 1st time tu tak jadi. Kalau tgk kebanyakan rakan blogger ada pernah buat kek ni. Kalau tengok di bahagian laporan masakan, berderet yang hantar, ada yang jadi ada yang tidak. Tapi xpelah, sekali tak jadi, bukan tak jadi sokmo. Usaha tangga kejayaan...





Untuk setengah adunan ni, cheq sue guna loyang kecil, 6.5" aje. Konon2 nak deco dengan blueberri kat bahagian atas. Elok punya letak corak, sekali bila bukak aluminium foil, sikit pun tarak, rupenye semua dah masuk dalam adunan. Sebab itulah namanya diletakkan dengan blueberri kat depan tu. Semacam yang dah diketahui, gandingan CC + blueberri ni macam irama dan lagu, saling melengkapi.
 




BLUEBERRY COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE
Resepi : Alma @ MyR

Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-cara
Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.


Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

6 comments:

  1. cek sue.. bluberry tu blend dulu dak bagi halus. dulu aku pernh gak letak semua turun ke bawah. lepas tu aku try blend, baru elok. ntah bila nak try buat ni. suke je kek gebu2 gini

    ReplyDelete
  2. sedap sgt!! tun guna blueberry filling, elok je dia duk atas kek tu masa bakar =)

    ReplyDelete
  3. panjangnya nama dia ye... sedap sungguh ada blueberrynya tu!

    ReplyDelete
  4. best dapat 1 slice cheesecake ni di pagi hari...

    ReplyDelete
  5. cheq sue..salam sayang..dah lama mieza nak wat cotton cis kek tau..tp masih gak belum mencuba..terliur sungguh tgk gambar ni..nampak softtttt sgt kek ni..mieza ni mmg penggemar kek! Sedap tuh!

    ReplyDelete
  6. kek ni memang sedap la..teringat lagi kelembutan dan kegebuan dia tu....marvelous sgt rasa dia....hehehe

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]