PAGES

Saturday, January 14, 2012

Pulut Pagi, Pagi Sabtu

 
 
Salam hujung minggu semua. Dah bangun ke belum weh? Moh le bangun pagi2 sikit, murah rezeki tau. Tengok cam cheq sue ni, pagi2 dah bangun, dan sekarang tengah menikmati pulut pagi ni. Dah lama sebenarnya nak buat, memang teringin sangat nak makan. Kat sini memang xde orang jual. So bila ternampak masa skodeng di INTAIDAPUR dulu, makin berkobar2 nak buat. Cuma biasalah bila 1st time buat, memang ada x jadi kat mana-mana. InsyaAllah kali kedua nanti akan jadi lebih baik.

Cheq sue buat ni dalam 2 cawan pulut dan 5 keping nisse (kecil). Oleh sebab pulut tu ditanak, maka kelihatan agak hancur sebab selalu dikacau. Maklumlah guna nisse fresh from icebox, jadi agak keras. So untuk sebatikan nisse dengan pulut tu kenalah selalu kacau. Lain kali cheq sue nak buat cara kukus pulak tgk camana hasilnya. Apapun alhamdulillah, suka sangat sebab dah dapat makan. Korang kalau rasa2 nak cuba tu bolehlah buat ya. Wassalam...

 
PULUT PAGI
Resepi : Liza@Intaidapur
 
Bahan-bahan :
Beras pulut - cuci 2 cawan
Air - utk tanak pulut
Nise / gula melaka 5 keping
Kelapa putih 1/2 biji ~ kulit hidup
Garam
 
Cara-cara :
- masukkan beras pulut dan air secukupnya ke dlm periuk dan tanak macam biasa.(sukatan air utk masak pulut mesti lah kurang dr sukatan beras pulut).
- bila dah 3/4 masak,bubuh nise /gula melaka dan perlahankan api.
- gaul sebati bila nise dah mula mencair.
- biarkan pulut masak sempurna dan warna pulut kecoklatan.
- tutup api,biasanya pulut ni sedap mkn masa sejuk.
- kukus kelapa pth dlm 5 minit utk mengelakkan dpd cepat rosak.
- angkat dan gaul dgn sdkt garam.
- sedia dihidang bersama pulut td..

17 comments:

  1. @Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot

    jom la kak ros, ada lagi ni, tak larat nak habiskan sensorang! :)

    ReplyDelete
  2. salam cheq sue...liza pun dah lama xbuat ni....ingat esok nk buat la, terliur pulak tgk kat sini.....hihihihihi

    ReplyDelete
  3. lama sangat tak makan pulut... tumpang sinilah...nyum...nyummm sampai kenyang he hehehh

    ReplyDelete
  4. @Liza

    bila dah lama2 tak makan, memang sedap nak menyantapnya... kalau buat tu mesti seisi keluarga suka kan..

    ReplyDelete
  5. @Amie

    juadah tradisi ni kak, kalau ada masa tu boleh la cuba ya.. gerenti tak menyesal

    ReplyDelete
  6. wah...lama tak mkn menu gini...nak sikit blh?

    ReplyDelete
  7. wah...sedap ni...manis, lemak...pulut...uuuu...tak tahan tgk !!

    ReplyDelete
  8. wahhhhhh!!!! rindunyer pulut manis niii! bila dgr pulut pagi terbayang pulut ngan ikan kering.. tgk pulut manis ni mmg nostalgia betul. masa kecik2 dulu selalu mkn ni. dpt pulak kelapa parut yg muda2 sket, fuhh.. mmg menitik air liur nih.

    ReplyDelete
  9. wah tengok pulut ni rasa tak sabar nak balik kelantan..tp sayang tak bole makan sbb diriku masih dalam pantang..wawawawawa

    ReplyDelete
  10. Sedapnya mkn pulut pagi2 lagi..tambah ngan secangkir teh o...sedap wo..

    ReplyDelete
  11. @Anna Qawina

    Dah habis la ana, nanti lain kali cheq sue buat eh...boleh makan sesama

    ReplyDelete
  12. @Cendana Kasih

    haaa...tu tandanya akak kena cuba buat la tau..

    ReplyDelete
  13. @tun_telani

    tun...kalau dok kg xpe, boleh request dengan mak, tapi dah jauh2 gini kena la buat sendiri

    ReplyDelete
  14. @Totie@Tomy

    ish ish ish...jangan dok nak makan macam2 lagi totie, kasi sihat dulu betul2... :)

    ReplyDelete
  15. @rahel

    mmmm...macam tu la nampaknya rahel, sesekali dapat bersarapan dengan pulut memang sedap!

    ReplyDelete
  16. rindunya nak makan pulut pagi di pagi hari..kalo kelik kampung, mestii beli ni.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]