PAGES

Sunday, January 8, 2012

Bun Burger


 
 
Bur burger ni cheq sue buat hari Khamis lagi, tapi baru tadi habis. Dah beberapa kali jugak buat bun burger guna resepi ni, alhamdulillah x mengecewakan. Cuma kali ni cheq sue buat 4 biji, sepatutnya 6, tu yang jadi bun burger ala Burger King, dengan saiz XL.  Kalau buat burger, makan sebiji tu memang kenyang lah.
 Cheq sue buat 3 burger, 2 makan sendiri, 1 bagi pada Kak Hawa dan 1 lagi dimakan gitu aje. Memang bercinta bila buat roti ni, bercinta nak habiskan. Apa kes nak makan burger tiap-tiap hari kan??






Bila dah ada bur burger ni, sah2 la kena buat burger. Cheq sue gunakan daging burger (ayam) segera dan buat burger macam biasa2 je. Hanya letak daun salad, bawang besar goreng, telur, mayonis dan sos. Kalau ada kelapangan nak membuat daging burger sendiri boleh jugak. Mak nenek kat dalam burger tu terpulanglah pada citarasa sendiri, ikut suka.
 
Oklah, kat sini cheq sue letakkan resepinya. Kalau ada yang nak cuba buat bun burger sendiri sila2lah semak resepinya ya. Wassalam...

BUN BURGER
Resepi : Yani @ MyR

Bahan-bahan (6 biji )
250g tepung roti
15g butter
20g gula
4g garam
1 biji telur
170ml susu (jumlah sukatan susu campur dgn 1 biji telur)
1 sudu kecil (3g) dry yeast
bijan secukupnya

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan kecuali bijan ke dalam breadmaker. Pilih untuk buat doh. On kan.
Bila dah siap, keluarkan dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Ambik sebiji roti. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat semula bentuk bulat. Ulang sampai habis. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
Sapu/semburkan permukaan roti dengan air. Kemudian taburkan bijan. Bakar dengan suhu 180C selama 12-13 minit.

9 comments:

  1. suka bg ank bekal beger tp rotinya kita beli jek..haha..harus jugak buat tp kalo buat hari2 kna makan beger la ek..

    ReplyDelete
  2. @Anna Qawina

    kalau tukang perabih tu ramai x masalah kan ana...kalau idak jenuh nak membeger sorang2..

    ReplyDelete
  3. org ada BM best la kot nak buat roti hari2...main campak2 aje kat dlm tu. huhuh...kite ni masih lagi ketinggalan menguli roti pakai tangan dgn tulang 4 kerat ni.terliur plak tengok beger ni...

    ReplyDelete
  4. @nuwairani ismail

    haaaa...tadi dah kuar azam berderet, buleh la tangkap 1 BM tu nani...baru sedap nak meroti

    ReplyDelete
  5. Teringin gak nak buat bn burger sendiri. Kena habiskan stok roti yang ada dulu

    ReplyDelete
  6. cik sue.. i like .. ada double daging tu. naaakkk.. memang suka guna resepi kak yani ni. best

    ReplyDelete
  7. @Kak Sam

    dah ada BM ni, jarang2 sgt nak beli roti kecuali yang payah2 nak buat tu je kak sam...nanti akak cuba la ya, x rugi punya

    ReplyDelete
  8. @izahdaut

    bukan beger double tu jah, tapi beger spesel sebab ada telur, memperabih stok...

    ReplyDelete
  9. bestnyer roti burger ni...pernah juga cuba resepi ni:)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]