PAGES

Saturday, January 28, 2012

Chocolate Chip Cookies


 
 
No more chipsmore!! He he he... pasni xde nak beli chipsmore dah la bila dah tahu buat CCC ni. Memang sedap dan tak jemu pun di makan.  Cheq sue buat ni semalam, bila terpandang Kak Zila buat famous amos cookies, memang terliur sangat. Tapi yang dicuba CCC sebab dah lama dalam list. Mula2 tu tak perasan pulak resepi siapa, tapi bila dicari2 dari MyR rupanya. Resepi ni ada dalam buku resepi lama cheq sue, tu yang xde link. 
 
Gandingan choc chips dan gajus panggang memang kena. Sekeping sekeping masuk mulut memang tak sedar. Ingatkan sempatlah buat kudapan dalam perjalanan balik ke CH tengah hari ni, rupa2nya dah hampir habis. Nanti balik ni cuba buat dengan badam pulak, takpun guna hazelnut. Mesti sebijik macam chipsmore.

Cara nak buat cookies ni tak la payah mana pun, cuma x pakai sukatan cawan. Sape2 yang xde digital scale tu bolehla search CCC dalam MyResepi. Ada banyak jugak yang guna sukatan cawan. Cheq sue pulak terberkenan dengan yang ini. Nanti kalau korang ada senang2 tu bolehla cuba. Memang puashati. Wassalam...




CHOC CHIP COOKIES
Resepi : Nadia @ MyR

Bahan-bahan :
450g tepung gandum
1 biji telur
250g mentega
115g gula halus
110g gula perang
100g choc chips
3 sb serbuk koko
250g gajus - panggang dan cincang
1 sk baking soda


Cara-cara
Pukul mentega dan gula sampai kembang
Masukkan telur dan pukul lagi
Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
Masukkan gajus dan kacau lagi
Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
Bakar dalam oven pada suhu 160'C selama 15 minit


4 comments:

  1. ni laa satu2nya kukis yg cepat laku. kalau wat biskut jenis lain, semua slow je mkn. skrg raya pun buat choc chip cookies.. hihi..

    ReplyDelete
  2. salam cheq sue...anak2 liza mmg suka ccc ni...sedap kan...
    kalau mkn tu jgn lupa simpan utk liza sikit yer, nnt liza g amik...hihihihi

    ReplyDelete
  3. sedapnya.. nak membuat sekut jugak ni ada oat nak perabih kan. oat buat sekut sedap kan

    ReplyDelete
  4. assalam cheqsue..acik pun nak buat hari ni..insyaallah.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]