PAGES

Tuesday, January 10, 2012

Cream Cheese Butter Cake


 
 
Fuhhhh, harini penat betul. Daripada 10 waktu kat sekolah, cheq sue ada kelas sampai 8 waktu, masa rehat 25 minit ada miting, adehhhh kejam sungguh dunia ini ye... X menyempat langsung nak berpoya-poya, tambah2 pulak xde letrik...menambah poyo adalah! He he he...udah udah la tu, enough sue, enough!
 
Moh tengok rezepi pulak. CCBC ni cheq sue buat petang semalam. Dah 4 5 hari dok teringat nak makan cheese cake. Pastu ramai lak yang dok tayang , yang soft, yang cotton, yang butter...its all about cheese cake. Bukannya feveret pun kek ni, tapi bila terdetik di hati, rasa nak makan kena la buat. Selagi tak dapat selagi tu la x senang hidupnya.
 




 
Resepi ni cheq sue ternampak di blog rakan sekerja, Cheq Da. Jangan tak tahu, dia ni memang dah jadi tokeh kek kat sekolah. Jangan segan2 nak pi skodeng rumah dia tu ya... Ada jugak beberapa resepi yang lain, tapi cukup berkenan dengan resepi ni sebab kuantitinya sikit, dapat pun tak banyak. Cheq sue hanya guna loyang 6.5" dan dapat separuh. Alhamdulillah... x la amik masa nak habiskan. 

Kek ni memang sedap, xde kecacatan langsung. Cuma dari segi kepuashatian masa makan tu rasanya x mencapai matlamat lagi laaaa... pasni memang kena buat cotton soft CC pulak, rasa2nya yang tu la pasling menyengat setakat ni. Apapun untuk menambah koleksi, resepi ni tak mengecewakan. Kalau ada masa tu korang silalah cuba ya. Wassalam...

CREAM CHEESE BUTTER CAKE
Resepi : sumbangan blog masakan (sumber tak ingat)
Sumber : Cheq Da

Bahan2
100 gm mentega
100 gm cream cheese
125 gula kastor
3 biji telur (saiz kecil)
125 gm tepung naik sendiri (tepung gandum p boleh)
1 sudu ten baking powder (kalu guna tepung gandum)

Cara2:
1. ayak tepung dengan baking powder---kalu guna tepung gandum
2.dalam mangkuk besar,pukul mentega,cream cheese dan gula sehingga sebati ---kembang dan memutih
3.masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati---pukul lama sedikit supaya sebati,kembang dan ringan
4.masukkan tepung dan kaup balikkan satu arah sahaja hingga sebati
5.bakar dengan suhu 180c sehingga masak  
Cheq sue guna rak bawah, tapi 30 min dah hangit di bahagian atas, dalam x masak lagi. So tutup loyang dengan aluminium foil, turunkan suhu dan bakar lagi selama 20-30 min. Pasni rasanya guna suhu 150' atau 160' should be ok. Cuma kalau agak2 permukaan dah nak perang tu, bolehlah tutup dengan aluminium foil.

10 comments:

  1. Kak cek nak sepotong...teringin lak nak makan chesse2 cake ni....:)

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Nampak menarik sangat kek ni..bahan2 pun tak banyak..masuk list dulu la ya...sepotong boleh?

    ReplyDelete
  3. Salam Ila,
    tengah nak suka buat kek... jadi kena banyak terjah dapur yang tengah buat kek cari ilmu!

    ReplyDelete
  4. Rahel pun nak 2 potong gak..leh wat minum petang..

    ReplyDelete
  5. Sabor cikgu sabor....kak Ros pun buat tayangan cheese kek 2 3 hari lepas.Sedap2 belaka le cheese kek ni kan?

    ReplyDelete
  6. fuhhh, kalau semua dh mintak, nmpak gayanya mmg dah abis la kek ni, kempunan la....hihihihhi

    ReplyDelete
  7. cheqsue pon dh buat kek ni! nani belom buat lagi...kat rumah ni belom cukup bahan lagi...kene berjimat cermat di awal tahun sebab duit dah habes di hujung tahun. heheh

    ReplyDelete
  8. sue..kita pun dulu tak suka sgt cheese cake ni..tapi sekarang..bila tengok org duk tayang selagi tak dpt rasa tak senang hidup..hehhehe

    ReplyDelete
  9. sama la kak cek, saya pon kalau dah terbayang2 di mata tuh memang kompom kene buat..hihihi

    ReplyDelete
  10. sedapnya tgk CC...lama dah tak membaking ni.:)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]