Ok, pertama sekali nak tegaskan ini adalah sekadar n3 semata-mata, hanya suka-suka, tidak melibatkan sebarang pihak ketiga, keempat dan seterusnya. Bila berbicara tentang"PELARIS" mungkin ramai dari kita yang akan fikir ianya berkaitan dengan 'sesuatu' untuk memajukan perniagaan agar lebih keuntungan. Harap2nya xde la macam tu ya...semoga apa yang diusahakan akan memberi pulangan yang baik tanpa mengharapkan pertolongan dari sumber yang tidak perlu.
Member cheq sue selalu saja menyatakan bahawa cheq sue ni adalah pelaris. Contohnya kalau masuk ke satu kedai makan yang memang xde orang, x lama lepas tu mesti ada orang yang akan masuk. Kebetulan jugak orang tengah lapar kan... Begitu jugak jika ke satu tempat, macam kedai runcit atau gerai2, mesti akan nampak orang masuk kat tempat tu. He he he...bukan kata nak percaya, x juga perasan, tapi boleh bawak untung jugak kalau camtu, daripada xde orang...terus ada...
Walau bagaimanapun, sekiranya kita membuat sesuatu perniagaan, berkerjalah dengan ikhlas, dengan niat dan ingin mendapatkan redha Ilahi. Tak perlulah pelaris2 ni bagai, tentunya memberi susah di kemudian hari.
Demikianlah sedikit celoteh di malam ini... Wassalam...
percaya tak?
ReplyDeleteIBUBAPA ayu kalau singgah kedai ayu, pasti pelanggan ramai sampai tak cukup meja,
rasanya diorg kena hari2 singgah kedai ayu, walau perjalanan mereka jauh.. hehehhe
PS: ayu tak pakai pelaris, cuma berani melariskan jualan..hehhehe
sy rasa, kalau pakai pelaris, seolah2 sedang berbuat syirik sebab yakin selain dari Allah yang bagi rezeki.. (",)
ReplyDeletecheq sue bila nak bukak restoran makan.. kalau tgk resipi masakan cheq sue, mmg dah boleh sgt bukak restoran tu.. (",)