PAGES

Friday, January 20, 2012

Eggless Fruit Cake (Bake)


 
 
Mmmm, sekejap saja dah Jumaat. Mesti ramai yang dok senyum2...tambah2 para cikgu cikgi yang akan bercuti seminggu sempena Tahun Baru Cina. Cheq sue insyaAllah balik kg pagi esok, masih ada beberapa hal perlu diselesaikan. Mana-mana yang balik harini tu berhati-hati di jalanan, semoga selamat sampai ke destinasi.
 
Berbalik pada resepi kek buah tanpa telur ni, sudahpun cheq sue cuba 3 hari lepas, tapi masih lagi ada dua ketul. Sebenarnya tak berapa suka sangat kek buah, tapi exited nak cuba bila nengok Kak Dayang postkan n3 kek yang gebu dan lembut tu. Satu adunan ni dapat banyak jugak tau...sesuai untuk keluarga besar. Kalau macam cheq sue ni buat setengah adunan pun rasanya banyak lagi.







As usual, walaupun tanpa telur, kek ni memang gebu dan sedap. Cuma yang cheq sue ni agak hangit di bahagian atas, maklumlah oven kecik aje, pastu acuan pulak agak tinggi, x sempat udara nak berputar di dalamnya. Namun x langsung mencacatkan rasanya. Kalau diteliti betul2, buah2 campuran tu x pulak turun ke bawah, kedudukannya merata, maksudnya dah jadi la kek tu kan. Kalau sapa2 yang gemar kek buah tu memang tak rugi kalau cuba resepi ni. Caranya senang sangat... Tq pada Kak Dayang kerana berkongsi resepi ni. So apa lagi, pi la sediakan bahan-bahan tu... Wassalam...
 






EGGLESS FRUIT CAKE
Resepi : DayangJack

Bahan A :
360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
2 sudu kecil baking powder (diayak)
1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
125 ml jus oren

Bahan B :
250 g mentega 
300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
250 ml susu cair
170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar)
2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup

Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional

Cara-cara :
Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). 
Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 
Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.

10 comments:

  1. uwaaa dah buat ya kek buah ni, yatie suka kek buah..cuti ni bolehlah cuba sbb anak2 semua kat umah..ada yg tukang abeskan...he3..

    ReplyDelete
  2. waah siap ada fantun lagi cheq sue ek. selamat balik kampung n hati2 memandu. cam dapat je imejin kek tu camne. sedap tu

    ReplyDelete
  3. Assalam Cheq sue,uwaa kek nih mmg dah amik resepi dari ritu lagi,tapi xtry2 lagi,sbb ct mmg xpernah wat kek buah,takut gak nak try,wlau rsp dah amik..Mmg nmpak sedap tuh,kalo yg beli xsuka sgt,coz manih leting..

    ReplyDelete
  4. senang aje bahan2nyer sue,,tulis dan simpan..bila ade kerajinan boleh buat

    ReplyDelete
  5. nampak sedap eggless fruit cake ni..nak buat pun simple je kan... :) sy kurang gemar fruit cake tp kalau mak mmg suke ni... blh buat bile nak blik kg nnti:)

    ReplyDelete
  6. memang nampak gebu dan cantik! kalau begini dapat jimat telurlah kan... telur pun sekarang harganya macam harga apa je...mahal!

    ReplyDelete
  7. cheq sue..sebab cheq dah berpantun..kena jugak la acik reepi ni untuk dicuba ..tapi tak pandai la nak menjawab pantun...terima kasih ye..

    ReplyDelete
  8. Teringin gak nak cuba kek buah ni...jimat bahan2 kan..

    ReplyDelete
  9. teringin nak buat, tp lum ada org yg tukang abiskan kat umah ni..tunggu anak beso dulu...hehe

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]