Salam hujung minggu. Pastinya banyak aktiviti yang telah di atur. Ke mana agaknya langkah hari ini? Atau sekadar berehat2 di rumah aje. Manalah tahu masih kepenatan membereskan urusan kerja atau persekolahan anak-anak. Pagi ni dah sarapan ke belum? Nampaknya para blogger banyak menutup dapur hari ini. Cheq sue belum lagi...terus ke lunch agaknya. Tapi sudah pun pekena segelas teh longan.
Alkisahnya ada beli sepeket longan kering, tu yang dicuba. Sebenarnya pun tak tahu caman rasa buah longan, adik beradik dengan laici ke? Bila dah kembang, rasa macam ada letak brown sugar. Cuma kalau nak minum2 waktu petang dengan kuih2 atau kek kurang manis, memang sangat sesuai la. Bila minum time hangat2 tu memang menygarkan. Kalau mana-mana yang nak cuba tu bolehlah...sesekali tukar selera pulak.
Untuk kuantiti air dan gula tu, bolehlah diejas mengikut citarasa. Selalunya yang kering2 ni memang dah agak manis, so kurangkanlah gulanya. Selain di minum panas, boleh juga dihidangkan masa sejuk. Cubalah nanti. Wassalam...
TEH LONGAN
Resepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
10-20 biji longan kering - cuci bersih
5 ketul gula batu (saiz kecil)
2 sb gula
3-4 cawan air
Cara-cara :
Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan masak menggunakan api perlahan dalam 20 min @ sehingga buah longan menjadi kembang
tengok teh longan ni teringat kat teh kurma yg kita buat hari tu...aduii sedapnya..suka rasa teh dari buah2 ni...memang sedap...nak kena carik longan la pulakss...hhehee
assalam Ila...salam kenal dari Saranur74 blogsoprt...
ReplyDeleteresepi minuman yg menarik teh longan
mesti sedap..
bestnyer minum teh longan...terasa sejuk jer kat tekak..skang ni pun panas, mmg sesuai minum...
ReplyDeletesalam cheq sue...tgk pun dah terasa sejuk kat tekak, ni kalau org bg, best ni....ekekekekeke
ReplyDeletetengok teh longan ni teringat kat teh kurma yg kita buat hari tu...aduii sedapnya..suka rasa teh dari buah2 ni...memang sedap...nak kena carik longan la pulakss...hhehee
ReplyDeleteminuman yang boleh sejukkan badan ni ye Ila.
ReplyDeletelongan ngan buah mata kucing sama ker?mmg nampak menyegarkan
ReplyDeleteutk insan2 yg kreatif macam cheq sue, lepas ni jgn lupa masuk masterchef.. (",)
ReplyDeleteakak suka air yang berlongan ker air mata kucing ker gitu,nyaman ajer..lepas ,minum segar rasa badan
ReplyDelete