PAGES

Monday, February 6, 2012

Daging Lompap...Podah Le Pulak Jang Oiiiii...


 
 
Di sana dan di sini sibuk orang cerita tentang daging lompap. Cheq sue memang pantang sangat  bila ramai2 dah cuba, mesti nak cuba jugak. Bila ada stok daging, dan kebetulan ada member bagi celerry, terus aje jalankan projek untuk lunch semalam. Tak banyak pun buatnya, dalam 200g je kot, itu pun tak habis sekali makan. Oleh kerana cheq sue tak berapa makan pedas, dengan daging yang sedikit tu cheq sue masukkan sebiji aje cili. Tapi x tahulah, rupa2nya cili tu pesen yang pedas, memang pijar rasanya kat mulut. Sudahnya tak berapa menikmati daging lompap dek kepedasan tu. Agaknya orang cam cheq sue ni x sesuai nak cuba2 resepi belah2 N9 @ Melaka yang pedas2 berapi tu, kang tak pasal2 orang kata sedap, kita pulak xleh nak komen...

Apapun bagi penggemar masakan pedas @ daging, disarankan agar mencuba resepi ni tau. Dah ramai jugak di kalangan kita yang mencuba, ada yang makan dengan nasi, dan ada juga yang menggandingkannya dengan nasi impit. Kalau ada kelapangan tu sila la cuba ya. Wassalam...






DAGING LOMPAP
Resepi : Kak Cek
Sumber : Noorsha
Cuci mata : Izah, Mas, Kak Ayu, Kak Madihaa, Kak Sheila, Kak Zura, Ct Zaliedana
 
 

BAHAN-BAHANNYA :
500 - 600 grams daging
dipotong sederhana kecil...dicuci...ditoskan..
13 biji cili padi  *
3 biji cili hijau  *
1 biji bawang besar  *
1 inci halia  *
2 ulas bawang putih  *
1 batang serai dititik
 2 biji cili merah dipotong serong2
1 batang celery dihiris2
1 ketul chicken cube
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam keping
Minyak secukupnya untuk menumis
Sedikit air
 
CARA-CARA PENYEDIAANNYA...
Kisar sume bahan2 yang bertanda  *
Panaskan minyak...tumiskan sume bahan2 kisar dan serai...hingga naik baunya...
Masukkan daging....kacau sebati....tutupkan kuali...kecikkan api....sekali sekala...dikacau..tambahkan air...jgn byk sgt...tutupkan kuali semula...biarkan daging empuk...
Masukkan chicken cube...garam dan gula secukup rasa....masukkan jugak asam keping...biarkan kuah agak pekat sedikit....akhir sekali masukkan hirisan cili dan celery...kacau sebati...siap dah...tutupkan api....

12 comments:

  1. Jauh dah berjalan resepi ni ...terimakasih bebyk pada sume yang sudi mencuba resepi tradisi keluarga mertua kak cek ni...
    Pedas ke...ala siannya...org N9 memang kuat mkn pedas2 ni...:)...diorg guna cili api je lagi...

    ReplyDelete
  2. daging dah keluar tu... tp rasa macam malas plak masak...mmg dah bercadang nk buat lauk ni...tapi terpaksa la kurangkan pedas utk budak2 ni...

    ReplyDelete
  3. ooh cheqsue mmg x kuat pedas ye..saya memang antu makan pedas.. kikik..klo boleh segenggam cili padi tu sy bubuh...klo ke kedai prefer beli cili api ksmpung yg kecit cinonit tu dr cili padi biasa..waa yang tu mmg kalu bubuh 10 biji pun berasap kiri kanan depan blakang atas bawah..akekeke....:)

    ReplyDelete
  4. wah tq cheq sue for the recipe, baru ada idea nak masak utk hubby malam ni...

    ReplyDelete
  5. as-salam Cheq Sue
    npk best daging iompap ni..masuk list dulu..

    ReplyDelete
  6. looooo...tak kuat pedass rupanya cheq sue ni..he3

    mas klu makanan pedas...
    baru puas makan..
    hmm...daging lompap..
    memang terbaikkkk...

    ReplyDelete
  7. hurmm ada juga dgr kawan2 cerita pasal daging lompap nie ;)

    ReplyDelete
  8. Ramai dah cuba lauk KakAnim ni ya. Bebudak kat rumah ni pun tak kuat pedas tapi Along kalau lagi pedas lagi tambah selera makan....hehe.

    ReplyDelete
  9. Ala cheq sue ni buat saya betul2 tak tahan le. Ingatkan nak tunggu dulu. Biar teman2 buat dulu. huhuhu esok masih ada

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]