PAGES

Monday, February 6, 2012

Kuih Bakar Lemak Manis

 
 
Nampaknya hari ni sehari lagi nak kena duduk tergolek2 di rumah. Hampir beku dah ni... Haishh... Padan mukaku, xmo balik kg sangat.
 
Jom nengok KBLM yang dibuat beberapa hari lepas. Sejujurnya pada tekak cheq sue, kuih bakar yang terbaik adalah kuih bakar pandan (walaupun belum buat lagi!). Yang ini xde masalah sebenarnya, menjadi, lembut dan sedap jugak cuma xde la keharuman dari daun pandan tu. Lemak dan manisnya pula memang cukup, tambahan pula cheq sue guna santan segar.



Macam jugak resepi kuih bakar yang lain, sedapnya kuih bakar ni tang kerak yang keriuk-keriuk tu. Kena yang pahit2 sikit, yang garing time suam-suam tu memang layan habis.  Kalau sapa yang belum terbuat lagi tu sila-sila la ushar resepi kat bawah ni. Dah ramai pun yang buat... Antaranya Kak Ros, Kak Yatie, Kak Rabiatun, Nieza, Kak Azlita, Wanieyra, yang dah buat tapi tak tersenarai tu minta maaf ya... Wassalam...


 
KUIH BAKAR LEMAK MANIS

Bahan-bahan ( Loyang 8x8 inc. )
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 biji telur
3 cawan santan - (200ml sntan KARA + air)
3 sb susu manis
garam secukup rasa
1 sk esen vanilla
sedikit pewarna kuning
bijan - utk tabur (opt)

Cara-cara
Satukan kesemua bahan2 di dalam blender kecuali bijan dan kisar hingga sebati.
Masak adunan hingga pekat.
Tuang ke dalam loyang yang di sapu majerin,ratakan adunan dan tabur bijan jika suka dan bakar selama 40 min atau sehingga kelihatan garing.
 

6 comments:

  1. oo..ini kuih bakar.kalau kat utara , kuih bakar tu kuih bangkit..huhuuh

    ReplyDelete
  2. kalau kuih bangkit tu bukan biskut ke PB.... he he he

    ReplyDelete
  3. Assalam cheq sue,
    salam maulidur rasul buat sue ya..kuih bakar dah lama dah akak tak buat..my parents memang suka kuih2 bakar macam ni..tapi versi lemak masni ni akak belum pernah cuba lagi..nampk sedap gitulah..

    ReplyDelete
  4. Cantik dan manis nampaknya kuih bakar itew Cheq Sue...bole hulur sikit?.hihi..

    ReplyDelete
  5. orang kelantan panggil kuih apa dia macam ni cheq sue?

    ReplyDelete
  6. betul tu, kalau utara panggil ni bingka/bengkang kalau tak silap, kalau di utara yang namanya kuih bakar tu adalah biskut kuih bangkit tu..apapun nama tak penting...tp yang penting rasanya sedap, mudah juga rupanya..leh la try nanti...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]