Panjangggggggggggggggggggggggggg je rasa hari ni. Dah la cuti, xde ape program pulak. Ish ish ish...puas tergolek sana-sini, baru pukul 4 lebih. Nak jalan2 ke Brinchang @ Tanah Rata x sanggup nak lalu jem. Nampaknya kena lepak2 aje kat rumah.
Jemput2 roti ni sarapan pagi tadi. Masih menggunakan CCB yang belum habis, nampaknya sedap jugak. Dengan 3 biji roti tu nampaknya cukup untuk mengenyangkan semua yang ada. Errrr, malam tadi tido umah member, meriah sungguh dengan rakyat jelatanya yang ramai itu... :)
Cucur camni rasanya dah ramai pun yang tahu buat. Macam jugak buat cucur yang lain, kuantiti dan kandungan bahan2 boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa. Cuma untuk cucur ni bila dah masak tu x la berminyak dan lembut je. Kalau nak tambah ubi kentang dadu boleh, nak letak cili boleh, terpulanglah pada kreativiti memasing. Kalau ada belen2 roti tu sila la cuba. Boleh dibuat minum petang. Memang sedap! Wassalam...
JEMPUT-JEMPUT ROTI
Resepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
3 biji roti - cheq sue guna CCB, kalau guna roti slice dalam 6 keping - potong dadu
1 biji telur
1/2 cawan air (agak2)
3/4 cawan gandum (agak2)
1/2 kiub ayam
1/2 biji bawang besar - dadu
Segenggam daun bawang / kucai - hiris nipis cheq sue guna daun bawang
Segenggam ikan bilis - rendam sekejap dan tumbuk kasar
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
Rendam roti yang didadu dengan air sehingga kembang.
Tambahkan telur dan kiub ayam, kacau hingga agak2 hancur.
Masukkan tepung gandum, bawang besar, daun bawang, ikan bilis dan garam (agak2 la takut termasin). Kacau sebati.
Goreng hingga kekuningan @ garing. Toskan minyak dan bolehlah dihidangkan.
Tak pernah pun buat cucur roti ni. nanti nak cuba le. Saya pun dah mula boring cuti lama2 tu yang ngadap lappy je ni.
ReplyDeleteCheq sue..acik pun sama macam sam..tak pernah buat cucur roti ni..
ReplyDelete