PAGES

Thursday, February 2, 2012

Danish Butter Cookies ~DBC


 
 
Haaaaa...lagi n3 pasal cookies. Eceli, DBC ni cheq sue buat sekali dengan oyster cookies. Satu blok buttercup tu dibahagi dua, dapat la dua jenis sekut. Memula tu memang niat nak cuba DBC ni pun, tapi berkenan jugak dengan oyster cookies tu. Sudahnya dua-dua pun cheq sue cuba dan boleh dibuat perbandingan pulak antaranya.
 
Sejujurnya, cheq sue lebih suka butter cookies ni jika dibandingkan dengan OC. Jangan marah @ terasa hati ya, ini sekadar pandangan dan citarasa peribadi, mungkin yang lain berbeza pulak seleranya dengan cheq sue. Tapi jangan risau, rasanya xdelah ketara sangat, OC tu dah habis pun, tinggal yang ini aje.  
** Untung jugak buat cookies yang tak banyak bahan2nya ni, sekejap aje habis.
 
Tapi, semacam jugak masalah yang dihadapi masa buat OC, macam tu la jugak jadinya bila buat DBC ni. Adunan memang agak keras, tak boleh paip dalam piping beg dan nozzle. Cheq sue tak simpan pun sekejap dalam peti sejuk, dah tak tahu nak buat bentuk apa, tu yang keluar ala-ala german cookies. He he he... Mintak ampun ye Kak Fida, tak tahulah kat mana silapnya. Apapun, janji leh makan, masuk perut...kira okay lah tu kannnnnn......

Kalau sape2 yang kering idea nak buat apa untuk jajan anak-anak tu, boleh la cuba cookies ni. Kalau beli, mau 7 8 hengget. Berbaloi buat sendiri... Wassalam...






 DANISH BUTTER COOKIES
Resepi : Kak Fida @ MyR

Bahan-bahan (50 keping, lebih kurang)
125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g tepung Top/gandum* (1 1/4 cwn) gandum
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla esen vanila
choc chips atau kismis - utk hiasan xde
gula halus - utk tabur (opt) pun xde

Cara-cara
Putar mentega dan gula icing hingga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
Bakar pada suhu 150'C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan.
Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.

5 comments:

  1. dah pernah try resepi kak fisa ni...kite punye la lembik betol.huhuh

    ReplyDelete
  2. kak sue.. tun suka makan niiii.. mmg kalau beli mahal betol.. buat sendiri sgt berbaloi2.

    ReplyDelete
  3. salam cheqsue..nmpak sedap DBC ni.. sedap makan ngonyel2 sambil tgk tv kan :)macam nak raye pulak.eheheh

    ReplyDelete
  4. slm sue....baru sempat terjah sini....curi2 msa sikit....rajin c.sue mengukis yer..mintak sikit

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]