PAGES

Wednesday, April 11, 2012

Ayam Dinasour & Tepung Salut Serbaguna



 
 
Petang tadi, terdapat gegaran kuat di Acheh sehingga dikeluarkan amaran tsunami
Gegaran kuat itu dirasai di kebanyak negara termasuklah kawan2 rumah flat di kuarters cheq sue ni
Gegaran tu terasa 2 kali, kelihatan air dalam gelas bergoncang
Beliau dan keluarga turun ke bawah mengelak sebarang kemungkinan
Na'uzubillah, semoga segalanya dalam keadaan baik

Cerita tentang ayam dinasour @ ayam rangka ni pulak memang glemer sangat masa belajar dulu
Kalau dapat makan ni macam dapat makan KFC
Beli seekor dan makan ramai2 memang best
Kebetulan member cheq sue kata ada rangka ayam di rumahnya
Suaminya tu berkawan dengan tokey kedai makan, so daripada buang dibagi pada suaminya
Mula2 dok plan nak buat soto, tapi terfikir nak goreng tepung
Cheq sue memang dah selalu guna bancuhan tepung goreng berempah Kak Besah ni
Biasanya buat setengah adunan, bila nak guna dah ready mix
Simpan dalam peti sejuk supaya tepungnya tak masuk angin
Nak goreng udang ke, sotong ke, ayam ke, celup aje dalam telur dan salutkan dengan tepung tu
Cheq sue jarang sangat beli tepung segera tu
Bila dah goreng, xde beza pun dengan yang beli kat pasar malam tu
Malah yang dibuat sendiri ni lebih terjamin kebersihan dan kehalalannya
Nak makan pun tak segan
Pada sape yang suka makan2 bende bercelup tepung ni bolehlah bancuh tepung ni
Memang berbaloi
Tq Kak Besah
Wassalam...





 TEPUNG SALUT SERBAGUNA
Adaptasi : Sotong Rangup Berempah Kak Besah
 
Bahan-bahan
1 kg sotong besar - cuci,potong bulat 1cm tebal & tos kan atas penapis.
7 ulas bawang putih - ditumbuk*, 2 sudu mkn rempah kari ikan* & 1/2 sudu mkn garam*
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras
4 sudu makan rempah kari ikan cheq sue masukkan serbuk cili
1 sudu teh garam
*semua dimasukkan dlm bekas bertutup lalu digoncang2 supaya bercampur rata. 
Cheq sue tambahkan sedikit serbuk cajun
2 biji telur dikacau ringan & minyak utk mnggoreng terendam.

Cara-cara
gaul sotong yg tlh dihiris bulat bersama bahan2bertanda* - ketepikan.
pastu, celup sotong satu persatu dlm telur & terus golekkan dgn tepung campuran tadi.paling senang, goncang je bekas bertutup tu supaya tepung menyaluti sotong dgn rata.cheq sue golekkan aje dalam tepung tu
seterusnya goreng lah sehingga keperangan. jangan goreng terlalu garing nanti sotong akan jadi liat.


5 comments:

  1. Assalam cheqsue, mcm mana ayam boleh jadi donosour tu?..hehe menarik nama tu tapi sedap kalau dpt meratah tu.

    ReplyDelete
  2. ini feveret di zaman belajar dulu...selalu beli kat pasar malam je...

    ReplyDelete
  3. Salam kak sue! ooowwwwhhhh... teringin jugak nak tahu apalah bhn yg diguanakan kat ayam goreng tu kan ehehe.. kita kalau ada pasar malam suke betul beli rangka ayam hihihi.. best gigit2 tulang ayam :D pastu korek2 isi yg melekat kat tulang ayam tuu :D

    ReplyDelete
  4. sue kita pun kalau pegi pasar malam suka beli rangka...hehehe..memang sdap la rasa ayam rangka yg dijual dari masak sendiri...hehehhe...tapi sekarang ni harga memang mahal betul...

    ReplyDelete
  5. Assalam,

    Dah lama tingin dan gigit dinosor...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]